Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FITNAH!!! Malaysiakini Cetuskan Api Perkauman Libatkan Tun Mahathir?


Buat kesekian kalinya, Portal Kaki Fitnah pro pembakang ini kantoi dalam memutarbelit berita menjadikannya lebih sensasi dan kontroversi. Mungkin itu lah modus operasi mereka bagi terus dikunjungi oleh pembaca-pembaca yang sukakan bahan bacaan yang digarap sebegini. 

Asal Kerala Tulisan Cina Malaysiakini, Bukan MyKMU

Penulis tidak tahu apa kriteria yang digariskan oleh pihak editorial Malaysiakini terhadap wartawan atau penulis di laman portal berkenaan, namun mungkin mereka tidak menitik beratkan soal kriteria pemahaman bahasa Melayu dengan baik.
Merujuk kepada artikel sinis penulis bertajuk ‘Beliau Tahu Rahsia Zahid, Tapi Semua Orang ‘Tak Tahu’ Rahsia Beliau…’, penulis sedikit pun tidak memasukkan elemen perkauman di dalam artikel berkenaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaikan ‘nasi tambah’, portal pro-pembangkang itu sesuka hati memasukkan elemen ‘batu api’, kononnya Tun M berasal dari Kerala, India. Cuba rujuk pada artikel asal yang ditulis, apakah wujud sebarang perkataan yang menunjukkan penulis menuduh Tun M berasal dari Kerala? Rujuk di sini.
Tapi itulah ‘permainan’ Malaysiakini. Lain yang ditulis, lain pula yang dilaporkan. Penulis difahamkan bahawa ramai menteri dan pemimpin kerajaan yang mengalami masalah yang serupa seperti ini.
Lebih memalukan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi pun pernah mengatakan portal pro-pembangkang itu kerap menyiarkan tulisan 80% spin dan kenyataan yang sering diputar belitkan.
Jadi, penulis serahkan pada pembaca untuk menilai sendiri portal berkenaan dan laporannya yang menjengkelkan itu…

Banyak Aib Mahathir Yang Najib Jagakan

Dah alang-alang bercerita pasal tun M ni,mungkin ramai orang pelik kenapa Mahathir sekalipun telah mengumumkan untuk melepas jawatan Penasihat Petronas pada Disember 2013, tapi masih menikmati banyak kemudahan dari syarikat tersebut,


Antaranya menggunakan pesawat eksekutif syarikat itu untuk pelbagai tujuan tidak penting termasuk ketika nak membeli kuih kesukaannya yang hanya terdapat di Alor Star.

Sekalipun sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir memang layak guna pesawat kerajaan, tapi itu pesawat kerajaan, bukan pesawat milik Petronas.

Rupa-rupanya yang ramai orang tidak tahu ialah, tak lama selepas mengumumkan untuk melepaskan jawatan Penasihat Petronas, Mahathir secara rahsia telah menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyatakan hasrat untuk membatalkan perletakan jawatannya itu.

Dengan syarat, orang awam tidak perlu tahu.

Tak pasal-pasal Najib pula yang kena buat pengumuman bahawa kerajaan menolak surat perletakan jawatan Mahathir, walhal ia adalah Mahathir sendiri yang batalkan perletakan jawatan tersebut. Peribadi Najib memang begitu, seperti yang dikatakannya awal-awal, beliau ada seorang yang non confrontational.

Begitulah mulianya Najib, menjaga aib orang tua kutuk yang tak sedar diri ni. Kalau nak diikutkan, lagi banyak boleh dedah, tapi kita bagi satu-satu dululah. (SUMBER)
Share this article

1 Komen:

  1. Antara ular dengan maddey, yang mana lagi bahaya?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top