Johor Baharu – Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Aduka Taruna ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial Facebook (FB).
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi ini di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, yang mengesahkan perkara itu, berkata penahanan suspek adalah untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba daripada suspek berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Menurutnya, perintah reman untuk lelaki tersebut akan dipohon daripada mahkamah dalam waktu terdekat.
Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan, yang boleh mencemarkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu, lapor Bernama.
Dalam tinjauan yang dibuat di akaun Facebook Aduka Taruna, update terkini di akaun tersebut meminta sumbangan para penyokong PSM untuk menyalurkan bantuan wang ringgit bagi menampung perbelanjaan anak dan isteri beliau.
terima kasih kepada penulis asal atas kecaknaan terhadap aduka taruna.
BERTABAHLAH!
Khai Syi Kean akan bertolak ke JB malam ni. Tumpang kereta seorang teman. Beliau terpaksa membawa bersama ke tiga-tiga anaknya bersama kerana agak sukar untuk beliau meninggal anak-anaknya yang masih kecil.
Masih dalam pantang. Anak kecilnya masih menyusu. Tidak memahami taufan yang melanda keluarga mereka. Semasa ketibaan saya tadi anak kecilnya ketiduran. Nyenyak dan tidak mengerti.
Saya memohon dengan hati yang paling kudus. Hulurkanlah sumbangan kepada keluarga ini. Mereka sedang menghadapi saat yang tersukar dalam hidup mereka. Paling tidak mampu meringankan beban mereka. Saya pasti mereka amat memerlukan sokongan kita semua.
Dengan lafaz Bismillah. Marilah kita bersama memberi sumbangannya. Semoga kita mendapat pahala di atas bantuan ini. Dan bersama lah kita mendoakan agar suaminya khairul Nizam akan dibebaskan dalam masa yang terdekat. Amin.
DIA BUAT PERANGAI, LEPAS TU NAK MINTA TOLONG ORANG PULA....SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNGLA...
BalasPadamLAIN KALI PAKAI OTAK
Semoga selepas pengajaran ini..Allah kurniakan hidayah padamu agar berubah hendaknya EN Aduka Taruna..carilah pahala dan redha Allah dan jangan lah bala Allah yang dicari..
BalasPadamApa yang dia hina Sultan tu.............??????
BalasPadamtaik ayam mcm aduka taruna ni mmg hanya tahu menghina org saja..kami keluarga besar bugis sabah sgt kagum pd TMJ dan negeri johor..daulat tuanku..
BalasPadam