Nuffnang

TUNJUK SEBAB : Penyelia Kemas Hina Najib, Rosmah Dan Ahmad Maslan?


Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. bila berposting di FB jangan pula sesuka hati. Sedar-sedarlah awak tu bertugas dan mencari rezeki dengan siapa. Kalau awak bertugas dengan swasta atau bekerja sendiri tu lainlah.

Mungkin kerana teruja untuk turut sama ‘kutuk berjemaah’ atau kemungkinan staf KEMAS ini antara parasit yang ada di dalam pentadbiran kerajaan pusat atau besar kemungkinan beliau adalah sebahagian dari golongan ‘picit laju-laju’ sebar fitnah terhadap kerajaan BN selama ini.
Akibatnya, satu Surat Tunjuk Sebab telah di keluarkan kepada Nadia Liana Mohd Rasidi seorang Penyelia Kemas apabila beliau dengan jelas telah menjejaskan nama baik Kementerian Luar Bandar berikutan kenyataannya didalam facebook.

Penama telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun facebook -“tak minta apa apa untuk tahun ni,cuma minta Najib dan Rosmah sedar diri,pastu Ahmad Maslan jangan nak melawak bodoh je kerjanya”

Dalam komen balas penama yang di kenali sebagai Kak Nedd telah dinasihatkan oleh seorang rakan namun masih berdegil bahkan mengeluarkan pula kenyataan lain.

” Ramai lagi hok kurang ajar statusnya…saya mintak diorang bertobat je”

Beliau merupakan seorang Pemaju Masyarakat Tabika Taman Sg Isap Perdana Kuantan telah menerima surat tersebut pada 4 Januari 2016 dari pihak atasannya. Status ‘Kak Nedd’ telah di buat pada 1 Januari2016, ditujukan kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri serta Timbalan Menteri.

Penjawat Awam tertakluk kepada Pekeliling Tindakan Tatatertib dibawah Perkara4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D Peraturan Pegawai Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Perlakuan oleh sesetengah Penjawat Awam membuat provokasi melalui laman sosial sememangnya amat memalukan. Mereka ini lupa bahawa sebagai Penjawat yang di gajikan oleh Kerajaan ada etika yang perlu di patuhi sepanjang berkhidmat sebagai Kakitangan Kerajaan.

Ada pula kalangan mereka mengkritik hanya dengan melayari portal pembangkang serta mem’viral’kan berita tidak sahih semata mata untuk menimbulkan persepsi buruk kepada Kerajaan. Malah lebih memburukkan keadaan tanpa rasa bersalah ada dokumen rahsia didedahkan hanya kerana ingin popular.

Tindakan tegas oleh Kementerian keatas ‘Kak Nedd’ wajar menjadi panduan kepada yang lain agar menghormati etika pekerjaan mereka. Kementerian lain juga wajar menjadikan ini contoh kepada kakitangan mereka dan mengingatkan bahawa sebagai Penjawat Awam ada peraturan yang perlu di patuhi atau mereka boleh memilih opsyen untuk berhenti dari berkhidmat dan menyertai bidang ‘politik facebook’.

Tiada guna menyimpan mereka yang tidak tahu menghargai peluang yang di beri sedangkan ramai lagi yang lebih layak menunggu giliran untuk menabur khidmat kepada rakyat dan Kerajaan.

Perlu juga diingatkan ada sesetengah Ketua Jabatan dalam Kerajaan juga mempunyai sikap sama seperti ‘Kak Nedd’ dan mereka menjadi duri dalam daging kepada Kerajaan.

Mencampurkan isu peribadi dan politik dalam karier sering terjadi bila tiada ketegasan dan Cuepacs selaku agensi yang mewakili Penjawat Awam hanya melihat perkara dengan sebelah mata perkara ini.

Mungkin ‘Kak Nedd’ dan ramai lagi akan mendapat pengajaran seperti permintaan beliau sempena tahun baru 2016?

Beranikah Ketua Jabatan bertindak tegas keatas duri dalam daging ini?



Share this article

4 Komen:

  1. Salam Perjuangan Bro,

    Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.

    Mohon jasa baik bro untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.my/

    Sekian, Salam Perjuangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait..... mohon pautkan juga blog yg tdk seberapa ini

      Padam
  2. "cuma minta Najib dan Rosmah sedar diri, Ahmad Maslan jangan nak melawak bodoh je"
    ish ish ish
    komen gini dlm FB luar waktu kerja... patutnya pengkhianat negara ni disumbat masuk ISA
    >>sarcasm<<

    BalasPadam
  3. pelik aku tgk bila melayu gadjet mcm beruk dpt bunga je gamaknya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top