Nuffnang

KUTUK KERAJAAN : Ayda Jebat Bakal Ikuti Nasib Soo Wincci?


Selepas kecoh semalam artis dan bekas Miss Universe Soo Wincci hampir muflis gara-gara kesan daripada tindakannya mendesak nasib meletak jawatan, hari ini artis comel produk Akademi Fantasia Ayda Jebat pula dikaitkan dengan tindakan yang hampir serupa melalui kenyataan di FB yang meminta Najib melepaskan cengkaman ke atas SPRM.

Bagaimanapun, kesahihan akaun tersebut tidak dapat dipastikan apabila dikesan ada tiga laman Facebook atau Fan Pages wujud dengan menggunakan namanya, Ayda Jebat.


Satu daripadanya dilihat memetik berita atau laporan dari sumber blog yang tidak dikenali kesahihannya dan disebarkan kepada orang ramai berkaitan politik pro-pembangkang.

Beberapa status dari laman berkenaan juga sudah tidak lagi berbunyi seperti pembangkang tetapi lebih kepada anti kerajaan.

Antara sumber yang dipetik oleh laman Facebook itu ialah Sanasinie.blogspot.com, Taktipu.com dan banyak lagi laman web yang entah dari mana datangnya.

Entri terbaru laman Facebook berkenaan ialah satu artikel iaitu desakan untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari cengkaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Banyak juga kemaskini lain yang mengkritik dan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) macam-macam dilandaskan atas artikel dari blog yang tidak pun mempunyai asas kebenaran yang kukuh.

Laman berkenaan mendapat 122,927 Likes dan sehingga ke hari ini, Ayda masih belum tampil menjelaskan berkenaan banyak laman sosial yang menggunakan nama beliau… Paling tidak, maklumkan nama Facebook rasmi beliau untuk diikuti oleh peminat.


Penyanyi itu sebelum ini pernah menghasilkan satu video yang mengkritik kepimpinan Najib serta menuduh beliau dengan macam-macam tuduhan.

Hasil pemeriksaan lanjut, ada banyak laman Facebook yang boleh dianggap sebagai laman Ayda sendiri yang dikemaskini dengan pelbagai program artis kecil itu.

Terdapat juga satu Facebook dengan nama Ayda Jebat yang memang kelihatan dikemaskini oleh artis berkenaan atau kakitangannya berbeza dari laman-laman yang lain.

Nanti, elok-elok populariti meningkat, merudum pula begitu laju sampai tak sempat nak dilalui dek kerana masuk campur atas urusan yang tidak sepatutnya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top