Nuffnang

BANGANG KE APA? Guru Lastik Kemaluan Pelajar Sebagai Hukuman


"Kami telah diminta untuk membuat aduan bertulis. Pegawai itu telah berjanji akan menyelesaikan masalah ini namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil. Saya bimbang cucu saya akan ponteng sekolah kerana dia masih trauma dengan kejadian itu," - Maimunah Harun.
Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di sini bakal didakwa selepas laporan polis dibuat yang mendakwa guru terbabit telah menghukum dua pelajarnya dengan hukuman yang tidak wajar.

Pengadu mendakwa, guru disiplin berkenaan telah memaksa dua pelajar lelaki Tahun Enam itu membuka seluar dan melastik kemaluan mereka dengan gelang getah selain dari menampar mereka.

Maimunah Harun dan Ramlan Razak membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Melang. 

Difahamkan, cucu Maimunah salah seorang mangsa guru terbabit, manakala seorang lagi pelajar adalah anak kepada Ramlan. 

Menurut Maimunah dan Ramlan, mereka terpaksa membuat laporan polis setelah usaha mereka mengadu mengenai perkara itu pada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah tidak dipedulikan.

Maimunah mendakwa, kejadian yang menimpa cucunya itu berlaku pada 12 November. 

"Ia berlaku seminggu sebelum cuti sekolah. Kedua-dua mereka telah dipanggil oleh guru disiplin kerana didakwa telah mencuri bolt tayar kereta seorang guru," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Majau, semalam.

Maimunah mendakwa, kedua-dua mangsa terpaksa menanggalkan seluar mereka dan guru terbabit terus melastik kemaluan mereka sebagai hukuman. 

Selepas mengetahui kejadian itu, dia dan Ramlan mengadu pada pihak sekolah dan pegawai pendidikan daerah.

Sementara itu Ramlan berkata, dia bimbang dengan emosi anaknya akan terjejas kerana dia akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Luqman ABd Rahman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. 

"Guru terbabit boleh didakwa kerana menyebabkan kecederaan tetapi dia tidak ditangkap kerana kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak serius.

"Sebaik saja siasatan selesai, kami akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya. 

Jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah mengesahkan menerima aduan itu dan berkata perkara itu akan dirujuk pada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top