Nuffnang

TEKANAN PSIKOLOGI : Kenyataan AG Buat Tun Mahathir


Menepis ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kemungkinan tiada kes bagi siasatan SPRM terhadap derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau akan bertindak dengan adil, teliti dan mengikut undang-undang.
Sambil menyatakan beliau akan membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih, Apandi yang dilantik sebagai Peguam Negara dalam pertukaran mengejut menggantikan Gani Patail pada Julai lalu, juga mengatakan tiada sesiapa boleh memberi tekanan kepadanya.

Saya akan kaji kes tersebut mengikut undang-undang. Saya juga tahu undang-undang, beritahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang faham undang-undang, tegas Apandi lagi.

Berhubung jangkaan Tun Mahathir bahawa kemungkinan tiada kes dalam siasatan SPRM terhadap Najib sepertimana penolakannya terhadap cadangan Bank Negara dalam penyiasatan 1MDB sebelum ini, Apandi meminta Tun Mahathir agar tidak menggunakan kaedah psikologi terbalik terhadapnya.

Katanya, ramalan itu hanyalah percubaan memberikan tekanan kepadanya dalam membuat keputusan dan Tun Mahathir perlu berhenti mencari jalan keluar melalui taktik itu.

Benarkah ramalan Tun Mahathir itu berupa tekanan psikologi terhadap Peguam Negara atau memang ia merupakan jangkaan majoriti rakyat?

Lalu, berapa ramaikah yang kembali menaruh harapan dengan kenyataan terbaru Apandi ini?

Bagaimanapun, jika benar seperti kenyataan Apandi bahawa beliau akan meneliti kertas siasatan SPRM itu dengan adil, tanpa pilih kasih, tanpa rasa takut, mengikut undang-undang dan tiada sesiapa yang boleh memberi tekanan kepadanya, didoakan semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamanya.

Setelah berbagai insiden berlaku dalam mencari kebenaran mengenai dakwaan berkaitan derma RM2,600 juta yang termasuk di dalamnya dana RM42 juta daripada SRC International dengan antaranya pemecatan anggota kabinet, penyingkiran peguam negara, penangkapan dan kacau ganggu terhadap pegawai SPRM, pembubaran PAC dan pasukan petugas khas serta pelbagai lagi, satu-satunya harapan kini ialah di tangan Apandi Ali sebagai pengganti Gani Patail.

Di sebalik mungkin masih ramai yang ragu-ragu dengannya, peluang juga juga harus diberikan kepadanya, sekurang-kurangnya sehingga beliau membuat keputusan mengenai siasatan SPRM itu.

Sementara penantian itu, mudah-mudahan Tuhan sentiasa membuka pintu hatinya untuk menegakkan kebenaran demi rakyat dan negara sambil mengotakan segala kata-katanya.

Berdasarkan kenyataan Peguam Negara itu yang mungkin kita sama-sama boleh menaruh sedikit harapan kepadanya, marilah kali ini kita berdoa lebih panjang daripada biasa untuk beliau.

(SH 06/01/2016).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top