Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SOKONGAN REBAH : Redhakah TSMY Dengan Perkembangan Terbaru Ini?


Sepanjang suku ketiga dan keempat tahun lalu, nama Tan Sri Muhyiddin cukup hangat diperkatakan oleh ramai pihak kerana pilihannya yang menongkah arus dengan memilih menyokong pergerakan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dalam menetang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.

Petikan posting dari portal (SUMBER)

Ketika beliau digugurkan dari jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, hangat diperkatakan kononnya lebih 80 Ketua Bahagian UMNO bertindak menyokongnya. Malah dikatakan, andai berlaku Pemilihan Agung UMNO pada tahun lalu, dengan sokongan yang beliau terima pada masa itu, beliau pastinya akan bertanding bagi merebut jawatan selaku Presiden UMNO.

Sepanjang penggugurannya dari kabinet sekitar penghujung Julai tahun lalu, bukan sedikit gerakan yang beliau lakukan hanya semata-mata mahu mencapai matlamatnya. Kemuncak kepada penentangannya, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru lalu dimana beliau bertindak menghadiri Majlis Taklimat Timbalan Presiden di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, diluar persidangan UMNO di PWTC.

Ramai yang menjangkakan sesuatu yang luar biasa mungkin berlaku hasil daripada gerakan yang beliau cipta. Namun jangkaan berkenaan jauh meleset kerana sehingga usai perhimpunan berkenaan, beliau jelas tidak mampu melakukan impak sehingga memaksa Presiden UMNO menanggung aib hasil dari rancangan yang tidak menjadinya bersama Tun M.

Memasuki tahun baru 2016, tidak kedengaran lagi sebarang ulasan mahupun gerakan yang mahu beliau hasilkan bagi menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib. Malah dari risikan yang dilakukan, daripada lebih 80 Ketua Bahagian yang menyokongnya satu ketika dahulu, kini hanya tinggal lima Ketua Bahagian yang masih kekal menyokong beliau. Ini tidak termasuk Bahagian Pagoh yang diketuai oleh beliau.

Bahagian-Bahagian berkenaan adalah Bahagian Jerlun, Kedah, Samporna, Sabah, Pontian dan Parit Sulung, Johor dan Kelana Jaya di Selangor. Kesemua lima bahagian ini sejak dari awal memang menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin sejak dari dahulu. Pengguguran beliau dari kabinet, hanya menyerlahkan arah sokongan mereka terhadap beliau.

Walaupun beliau masih lagi memegang jawatan selaku Timbalan Presiden UMNO, namun jika dilihat dari jumlah sokongan yang diterimanya, jelas menunjukkan, karier politiknya semakin suram. Apa yang dilakukan oleh beliau lebih 8 bulan kebelakangan ini, menujukkan kesilapan langkah yang beliau ambil dalam meneruskan karier beliau selaku ahli politik paling vateran hari ini.
Share this article

4 Komen:

  1. Baruah Tun M yang lebih pentingkan kroni dan anak2 sendiri daripada kepentingan rakyat secara am dan Melayu secara khususnya.

    pttuuuiiihhhh!

    BalasPadam
  2. MANA NAJIB SEKARANG...........................???????
    Dengar cerita kapal lanun Bugis dah nak tenggelam akibat layar
    dikembangkan dan sauh dilabuhkan ketika ribut.Masih juga sibuk pasal TS Mahyidin Yasin. Dia OK tak dipukul ribut, relaks je menunggu kapal karam.
    Tak lama lagi ni. Mungkin sebelum Raya Cina.
    Berdoalah.
    Allah lagimaha mengetahui.

    BalasPadam
  3. TSMY tak yah bising2 nak jatuhkan Najib sbb dia dah tau rakyat semua dah faham tinggal tunggu masa nak tendang najib masuk longkang....sekali mahyuddin ketik aje ...najib akan tersungkur...tunggu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. segala Najib kentot kat muka Muhyiddin terus hilang akal dan Mamak kerala pulak terus hilang nyawa...

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top