Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BIADAP : Ketua Polis Negara Arah Siasat Penyebar Gambar PM Diaibkan!!!


Mereka terus biadap dan menghina Perdana Menteri. Tujuannya pastilah untuk memalu dan merendahkan maruah pemimpin negara kita. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dibuat terhadap seorang pengguna Internet yang memuat naik gambar mempersenda Perdana Menteri.
Dalam tweet beliau, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menjalankan siasatan terhadap penyiaran gambar biadap itu.

Gambar itu memaparkan gambar wajah Datuk Seri Najib Razak yang disunting seakan-akan gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Hasmiza Othman.

Ia memaparkan Najib memakai tudung hijau dengan isyarat jari seperti gaya popular Hasmiza ketika mempromosikan produknya.

Khalid mengarahkan siasatan itu setelah seorang pengguna di Twitter meminta beliau mengarahkan tangkapan terhadap penyebar gambar itu.

Pengadu yang menggunakan DJStarscreamx itu turut mengetengahkan gambar lain yang mengejek Najib.

Gambar itu memaparkan dialog kononnya dinyatakan Najib: “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”.

Ia mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.

Hasmiza kini sedang popular susulan hasratnya menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan mengenakan syarat stadium pasukan itu diwarnakan merah jambu.

Semakan di laman twitter juga mendapati pengadu bernama Fariz Bin Abd Aziz telah membuat report polis berkenaan gambar ini yang dilihatnya disebarkan di laman Facebook.


Share this article

4 Komen:

  1. Mari kita tengok......siapa yang kena........

    BalasPadam
  2. rakyat Malaysia dh xdakqeja..byk masa..

    BalasPadam
  3. Qu samun..Qu samun..barulah penyamun..ade2 je..tapi kelakar jugak..kah..kah..kah

    BalasPadam
  4. law kat Malaysia ni terlalu lembut...kalau kat Thailand, dah lama ke dalam...!! menghina Pemimpin / Raja thailand....satu kesalahan...!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top