Isu pemotongan padi oleh BERNAS nampaknya sudah menjadi isu yang panas kepada golongan pesawah dan mula memasuki gerbang politik kotor. Di Selangor, menurut sumber wakil rakyat DAP , Ng Sue Lim sudah merancang untuk menggunakan isu ini bagi menghasut petani di kawasannya Sekinchan agar keluar berdemo di jalanan.
Persoalan timbul, siapa yang berkuasa sebenarnya dalam hal ini?
Kementerian di bawah pimpinan Menterinya atau agensi pelaksana, BERNAS yang berada di bawah kementerian yang dipertanggungjawabkan?
Adakah kesemua yang disebut masih tidak memahami apa itu erti tolak ansur? Adakah terlalu sukar untuk mengira angka ‘win-win’ di dalam isu sebegini?
Atau BERNAS sudah menjadi badan korporat yang lebih mengutamakan keuntungan hasil keringat petani atau ianya seperti Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan untuk memudahcara rakyat yang beragama Islam menunaikan Haji?
Tidak lama dahulu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajudin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada petani yang mendakwa BERNAS masih memmbuat potongan sehingga 25 hingga 30 peratus terhadap padi yang dijual menerusi agensi itu.
Katanya, kadar munasabah yang perlu dilakukan oleh BERNAS ialah pada tahap 21 peratus dan tidak membebankan petani.
Malah menurut beliau, walaupun kerajaan sudah menaikkan harga belian subsidi padi hingga RM1,200 satu tan metric tetapi ia masih membelenggu petani kerana pihak BERNAS membuat pemotongan yang keterlaluan.
Lebih memalukan, Ahli Parlimen BN Sungai Besar Selangor, YB Dato Noriah Kasnon berkali-kali mendesak supaya isu pemotongan yang terlalu tinggi ini diselesaikan segera namun seumpama tidak diendah langsung oleh pihak BERNAS.
Seolah-olah wujud gerakan sengaja mengubah haluan sokongan pengundi di kawasan Sungai Besar yang majoritinya adalah petani. Adakah BERNAS berpakat dengan Wakil Rakyat DAP di situ untuk rampas kerusi parlimen milik Kerajaan Pusat?
Terbaru, Adun BN Sungai Panjang YB Budiman Mohd Zohdi menjelaskan bahawa perkara ini telah disampaikan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek seperti yang beliau paparkan di laman facebook peribadi beliau.
Berapa lama sebetulnya sesebuah kementerian ingin mengambil keputusan yang melibatkan gologan yang selama ini menyokong Kerajaan BN? Sukar sangatkah membersih parasit di dalam agensi pelaksana yang cuba atau dengan sengaja merosakkan nama baik Kerajaan BN selama ini? - SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....