Nuffnang

RAYANI AIR : Tun M Diresapi "Islamofobia?


Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. 
Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh syarikat penerbangan Rayani Air sebagai sengaja mahu mengaut untung atas nama Islam adalah tidak patut dan memperlekeh pelanggan yang inginkan perkhidmatan seperti itu dalam penerbangan.

Rayani Air adalah sebuah syarikat penerbangan baru yang menekankan perkhidmatannya berteraskan Islam dari segi pakaian pramugarinya dan tiada alkohol dalam penerbangan. Para pramugari Rayani Air kesemuanya memakai tudung dan ia mendapat pengiktirafan syarikat penerbangan patuh syariah.

Bagi orang ramai yang inginkan pengalaman terbang dengan pesawat dalam keadaan tenang dan penuh Islamik, pastinya berasa tidak puas hati dengan kata-kata Dr Mahathir.

Sudah diketahui, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dikenali dengan rupa paras pramugari yang jelita berkebaya serta dihidangkan pula alkohol dalam penerbangan, apa salahnya jika ada syarikat penerbangan yang mahu menawarkan sesuatu yang berbeza.

Penerbangan pertama pesawat Rayani Air ialah pada 20 Disember lepas dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi yang berlepas pada pukul 10 pagi.

“Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tak ada patuh syariah, syarikat negeri-negeri Islam lain pun tak ada… pasal apa kita nak menunjuk dan kata kita lebih Islam dari orang lain?

“Orang yang tak pakai tudung pun Islam juga, orang yang buat dosa pun Islam juga,” kata beliau agak keras.

Bagaimanapun, pandangan itu mendapat reaksi dari netizen yang berpendapat Dr Mahathir memberi ruang yang sempit dalam prospek Islam untuk diamalkan secara meluas termasuk dalam pesawat untuk sebuah syarikat penerbangan.

Desakan untuk adanya satu syarikat penerbangan yang berpakaian menutup aurat dan tidak seksi sudah banyak kedengaran di seluruh negara dan Rayani Air menyahut seruan itu demi memenuhi keperluan serta permintaan orang ramai.

Jika Rayani Air berjaya dan membuat untung, itu adalah hasil daripada keputusan bijak yang dibuat pengurusannya untuk memenuhi kemahuan orang ramai yang inginkan penerbangan Islamik.


Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.

Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari keuntungan dengan nama agama.

"Tun M tidak boleh mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

"Jika dakwaan Rayani Air mencari keuntungan dari Islam menjadi alasan, Tun M perlu faham dia sendiri tidak boleh menghentam operasi syarikat itu yang jelas menyokong ajaran Islam.

"Tidak kira apa agama atau siapa pemilik Rayani Air, usahanya itu harus diberi pujian dan bukan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Daud mengulas kenyataan Dr Mahathir di sebuah portal yang mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang memperkenalkan konsep tersebut.

Dalam pada itu kata Md Daud, Dr Mahathir perlu merujuk kisah sedih luahan hati pramugari MAS yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung seperti yang dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya Rayani Air jelas tidak menghidangkan arak selain membaca doa sebelum memulakan penerbangan.

"Pengurus Rayani Air beragama Islam. Adakah kerana pemiliknya bukan Islam jadi syarikat penerbangan itu boleh didakwa dengan sesuka hati?" ujarnya.

Rayani Air mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 petugas anak kapal kabin.

Nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan

Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun menjadi penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, namun itu tidak bermakna Rayani Air tidak mengalu-alukan penumpang bukan beragama Islam atau mereka yang tidak bertudung di dalam kapal terbang mereka.

Rayani Air juga tidak memisahkan penumpang lelaki dan perempuan akan di dalam pesawat mereka.

Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember lalu dengan menghubungkan terminal klia2 ke Kota Bharu dan Langkawi.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh itu turut merancang memperluaskan laluan ke Sabah dan Sarawak pada Februari ini.

Persoalannya, adakah Tun Mahathir yang merupakan seorang Muslim "takut" dengan amalan Islam dalam kehidupan?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top