Nuffnang

VIDEO : Pergaduhan 2 Cina Berebut Parking Awam!!



Kalau dah perangai tak elok tu, tak elok la walau sesama mereka. Gara-gara berebut tempat letak kereta, seorang lelaki Cina mengamuk dan sengaja merosakkan kereta milik mangsa yang juga seorang lelaki cina.

Lelaki berusia lingkungan 30’an itu bertindak ganas terhadap mangsa yang didakwanya sengaja mengambil petak parkingnya yang berada di hadapan kedai milik lelaki itu.

Bagaimanapun, wanita yang dipercayai isterinya cuba menghalang lelaki terbabit terus bertindak ganas. Namun gagal apabila lelaki itu mengambil peluang untuk menendang kereta mangsa.

Berdasarkan dialog perbualan kedua-dua pihak, mangsa mendakwa lelaki terbabit terus memarahinya kerana mangsa meletakkan kereta di tempat yang menjadi kebiasaan lelaki itu meletakkan kenderaannya, sedangkan tempat berkenaan adalah tempat letak kereta untuk orang awam.

Berang dengan ‘kecerdikan’ mangsa, lelaki itu terus mengamuk dan memaki hamun mangsa tanpa memperdulikan anaknya yang terjerit-jerit meminta ayahnya berhenti berkelakuan seperti orang gila.

Orang awam yang turut melihat kejadian itu cuba meredakan keadaan namun lelaki itu enggan berhenti menyerang mangsa.

Kesal dengan tindakan lelaki itu, mangsa bertindak menghubungi pihak polis bagi menyelesaikan masalah mereka.

Inilah perangai masyarakat kita, suka menganggap harta benda awam milik mereka sehingga terlupa bahawa orang lain juga turut ‘membayar’ untuk menikmati kemudahan bersama.

http://www.youtube.com/feature=player_embedded


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top