Nuffnang

HASUTAN!!! Giliran EXCO P.Pinang Dipanggil Polis!!!



Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Exco kesihatan dan pertanian kerajaan negeri Pulau Pinang itu dikehendaki melaporkan diri ke ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur jam 9 pagi.

Dalam satu e-mel, sekretariat Pemuda PKR berkata, Dr Afif akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 11 pagi di sekitar ibu pejabat polis itu selepas kenyataannya direkodkan.

Ketika dihubungi, Dr Afif berkata beliau diberitahu yang siasatan polis terhadapnya berkaitan kenyataan yang dibuatnya yang diterbitkan dalam satu laporan berita di media sosial.

Ia berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwat atas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu, katanya.

"Saya tidak boleh bercakap banyak. Itu sahaja yang saya diberitahu. Saya tiada butiran lengkap... Ini bukan mengenai mana-mana tweet yang saya buat.

"Saya akan bekerjasama. Peguam saya akan menemani saya ke Bukit Aman esok," kata wakil rakyat Seberang Jaya itu.

Pihak polis dilaporkan sedang mencari mereka yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dalam media sosial berhubung kes Anwar yang dihukum penjara 5 tahun kerana disabitkan kesalahan.

Dr Afif dilaporkan salah seorang daripada mereka yang dikehendaki oleh polis bagi tujuan siasatan. Dia didakwa menyeru orang ramai supaya tidak lagi menaruh kepercayaan kepada badan kehakiman.

Selain beliau, ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dari DAP dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat polis kerana didakwa menulis tweet tentang sabitan Anwar.

Beberapa individu yang disoal siasat polis setakat ini termasuk kartunis terkenal Zunar atau Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang ditahan reman selama 3 hari berhubung satu posting di Twitter yang menyebut tentang badan kehakiman dan tuan politik dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan yang mendakwa terdapat konspirasi politik dalam kes Anwar. – TMI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top