Nuffnang

PR Berpecah!!! 18 Mac Tarikh Keramat Atau Malapetaka?



Pakatan dah retak... yang menanti hanyalah keretakan itu pecah dan berbelah sehingga tidak mampu disatukan kembali. Dan tarikh keramat yang juga boleh dilihat sebagai tarikh malapetaka bagi PR adalah 18 Mac 2015.

PAS sendiri keliru samada akan tetap meneruskan agenda pelaksanaan hudud sepertimana wasiat Nik Aziz atau menjaga hati rakan-rakan dalam PR. 

Ketegasan oleh YAB Menteri Besar Kelantan untuk meneruskan bacaan rang undang-undang hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang telah mengundang rasa tidak senang oleh ahli-ahli PR yang lain khususnya anak mendiang Karpal Singh.

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP Gobind Singh.


“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Rang-undang-undang Hudud yang bakal dibentang oleh kerajaan negeri PAS Kelantan pada sidang DUN negeri itu 18 Mac nanti tidak mempunyai sokongan Pakatan Rakyat.


Ini kerana undang-undang Hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah pembentangan rang undang-undang itu juga bertentangan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.

Jika demikian, pimpinan PAS di belakang langkah tersebut mesti berani mengaku bahawa mereka menolak PAS untuk bercerai dengan Pakatan,” ujar Gobind.

Malah katanya, ini juga menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti PAS yang sebelum ini mahu dilihat sebagai parti yang fokus terhadap usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Mengulas amaran PAS supaya DAP tidak masuk campur dalam urusan Kelantan, Gobind berkata selagi PAS masih di dalam Pakatan, DAP berhak menegur PAS.

“DAP bukan sahaja berhak malah bertanggungjawab memastikan PAS bertindak selari dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam dilaporkan berkata bahawa DUN dijangka membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan pada 16 hingga 19 Mac akan datang.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top