Nuffnang

FARA FAUZANA : Hijrah Bukan Satu Perkara Yang Mudah!!!



“Tidak perlu saya beritahu pihak mana atau siapa, tetapi cukuplah sekadar berkongsi pengalaman bahawa negara kita sebuah negara Islam. Mengapa perlu memandang soal hijab dan aurat sebagai satu masalah untuk selebriti tampil di kaca televisyen". 


BERHIJRAH bukan suatu perkara mudah. Ini pengalaman yang dilalui oleh Farah Fauzana yang dilahirkan pada 7 Februari 1980, di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

“Kalau dulu, saya akui memang sedikit pelik dengan sesetengah wanita yang masih menyarung sarung tangan sedangkan lengan baju yang dipakai sudah cukup menutup pergelangan tangan. Namun selepas berhijab, barulah saya mengerti tentang semua itu dan ia membuatkan saya lebih tenang mendepani hari-hari mendatang sebagai seorang muslimah.”

Tuturnya membuka bicara saat dituju perihal kehidupannya kini yang melangkaui fasa seorang wanita berhijab oleh Kosmo Online hari ini.

Bekas hos Nona itu mempunyai tiga orang adik-beradik, hobi memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu menyambung..

“Islam itu indah dan hijab itu menenangkan saya. Saya akui, hijab ada kuasa yang tersendiri dalam mempengaruhi orang di sekeliling saya lebih-lebih lagi saya bekerja dalam ruang lingkungan yang memerlukan saya menghabiskan masa berjam-jam di set lokasi. 

“Seperti contoh, sebelum memakai hijab, pihak produksi akan sentiasa peka dengan keperluan saya untuk menunaikan solat. Sampai waktu solat, mereka akan beri ruang kepada saya untuk menunaikan perintah wajib tersebut. 

“Apabila sudah berhijab kini, kepekaan dan sikap ambil berat mereka semakin tinggi walaupun kebanyakan orang produksi tersebut bukanlah seorang Muslim. Perkara sebegini membuatkan saya begitu terharu dan sebak memikirkan betapa hebatnya agama Islam.”

Bercerita lanjut, Fara mengakui proses penghijrahannya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Walaupun tidak sekuat mana halangan yang menimpa, namun terkadang sedikit ujian kecil itu membuatkan dirinya tercuit jua.

Ceritanya, pada tempoh awal perubahan dahulu, wujud beberapa perkara yang membuatkannya berasa penghijrahan yang dilakukan seakan membawa masalah kepada seorang selebriti seperti dirinya untuk melakukan tugas seperti biasa.

Dia yang pernah menjadi penyampai radio Era FM (tahun 2004-2005), radio Hot FM tahun 2006 hingga sekarang), pengacara Melodi, pelakon utama sitkom, pengacara Nona dan Res-Q di TV3 berkata.. 

“Alhamdulillah saya tidak memandang semua perkara itu sebagai perkara besar memandangkan sebagai seorang yang tegas dengan pendirian, saya harus berani menegakkan kebenaran. Insya-Allah mungkin selepas ini masalah seperti itu tidak akan timbul lagi kepada mana-mana artis atau selebriti wanita kita,” ujar Fara optimis.

Akhirnya ditanya mengenai jodoh, Fara hanya meletakkan soal ketentuan jodohnya kepada Yang Maha Esa, tetapi dalam masa sama percaya jodohnya tetap ada.

“Kali ini biar saya jawab dengan jawapan yang tidak nampak terlalu klise. Selalunya kalau dicucuk dengan soalan jodoh, orang ramai akan ambil pendekatan menyelamatkan diri dengan memberi jawapan belum sampai masanya.

“Jujurnya, saya percaya jodoh itu ada. Ada. Memang ada. Saya percaya dan masih percaya meskipun sehingga ke hari ini saya belum bertemu dengannya (jodoh).

“Sebagai manusia, apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Sang Pencipta yang telah menentukan atur letaknya takdir kita. Bukan saya tidak berusaha tetapi saya percaya, sampai masanya nanti jodoh itu akan datang juga. Cuma ia akan datang dalam masa yang cepat atau lambat, itu sahaja.

“Pada saya, biarlah Tuhan yang tentukan segalanya kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik. Apabila saya masih percaya, ia bermakna saya masih belum mengalah untuk menunggu,” ujar Fara penuh makna. (IH)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top