Nuffnang

KASUT BABI : Syarikat Pengeluar Terkenal Akhirnya Mohon Maaf!!!



KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.

Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.


Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit ba.bi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas.


Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.


Kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia melalui FB hari ini.

Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit ba.bi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan.


Malah, kasut yang menggunakan kulit ba.bi akan dibalut dengan plastik.


Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit ba.bi. Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam. - Astro Awani
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top