Nuffnang

KESIAN!!! Janda Muda Ini Ditolak Mentah-Mentah!!!



Masih muda, menawan, tetapi dia belum mampu membangkitkan berahi dan ghairah para pemuja kepadanya. Sayang dan simpati buat janda muda anak kepada banduan terkenal di penjara Sungai Buloh. Mungkin inilah badi penjara si ayah yang terkenan kepada si anak.


Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah (gambar) sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah, dia orang muda," kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan beberapa pihak yang mahu menjadikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Mahfodz, pihaknya lebih menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau lebih berpengalaman dan lama di dalam PAS.

“Datuk Tuan Guru banyak pengalaman dalam PAS, turun naik dalam PAS, pengalaman dalam PAS, politik. Sepatutnya jika PAS nak sokong memang patut sangatlah,” tegas beliau pada sidang media selepas persidangan Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 anjuran PAS di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ, Serdang Jaya, lewat malam Sabtu.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan terakhir kes liwat II beliau ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Selain Hadi dan Nurul Izzah, antara nama lain yang disebut-sebut berpotensi menggantikan Anwar mengetuai pakatan pembangkang ialah Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presidennya yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top