Nuffnang

ISIS : Lagi Rakyat Malaysia Terkorban!!!



Seorang lagi militan warga Malaysia, Abdul Samad Shukry Mohamad yang menyertai kumpulan negara Islam, (IS) dilaporkan maut dalam konflik berlarutan di Syria.

Bekas ahli Jemaah Islamiyah, 55, atau juga dikenali sebagai Abu Aisyah dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya sejak lima bulan lalu akibat serangan tentera Syria.

“Dia pergi ke Syria pada 1 Februari tahun lalu. Lima bulan yang lalu, dia cedera selepas dibom dalam satu serangan oleh tentera Assad. Biarpun terselamat dalam kejadian tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

“Mangsa dipercayai telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Turki namun dia meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan yang dijalankan,” menurut sumber.

Abu Aisyah addalah mangsa keenam warga Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam konflik IS di Syria.

Seorang rakan Abu Aisyah yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan mangsa sebagai seorang yang sanggup mengorbankan nyawa demi agamanya.

“Dia meninggal dunia akibat pembedahan selepas sekian lama mengalami kecederaan serius di bahagian kaki ketika dibom dalam satu serangan di Arzay kira-kira lima bulan lalu.

“Abu Aisyah merupakan sahabat baik kepada Ustaz Mat (Mohd Lotfi Ariffin) yang tiba bersama-samanya di Syria,” kata di laman facebook.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top