Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KAH..KAH..KAH... Mesej "Mahfuz" Kencing Wartawan Lagi?



HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam Semalaysia (PAS) berasa ‘tertipu’ selepas sidang media yang dikhabarkan bakal berlangsung di sini, didakwa sebagai palsu.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui di bangunan pejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak memanggil mana-mana media untuk menghadiri sidang media, hari ini.

Menurutnya lagi, mesej daripada aplikasi Whatsapp itu adalah palsu dan khabar angin semata-mata.

Sidang media yang dijadualkan jam 11 pagi ini dikatakan bakal membawa ibu tertuduh kes pembunuhan Altantuya Sharibuu iaitu Sirul Azhar untuk menjawab segala persoalan berhubung isu anaknya yang kini ditahan di Australia.

Dalam pada itu, Mahfuz menerusi kenyataan medianya yang diedarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa satu rombongan misi khas ke Australia untuk bertemu Sirul akan bertolak pada jam 11 malam, 1 Mac ini. – MYNEWSHUB.CC
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top