Nuffnang

LETAK JAWATAN : Gesaan Ke Atas Hadi Bersifat Peribadi!!!



Gesaan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan jawatan presiden parti untuk mengisi jawatan Mursyidul Am bersifat peribadi kata tiga sayap parti kawasan itu.

“Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu.

“Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau,”kenyataan bersama; Ustaz Azhar Yahya, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu; Nurul Islam Mohamed Yusoff, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu dan Hajah Salbiah Abd Wahab, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu dipetik.

Kenyataan media tiga sayap PAS Kawasan Batu :

KENYATAAN ISHAK SURIN BUKAN PENDIRIAN PAS BATU, BERSIFAT PERIBADI & CELARU

1. Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu. Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau.

2. Dengan keupayaan Tuan Guru Presiden ‘menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa’, kami menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS sebagai Presiden.

3. Pemilihan sebagai Presiden PAS bukanlah soal ‘tokoh baharu’. Tetapi ia adalah soal menepati kriteria dan syarat yang ditentukan oleh syarak; memiliki karater al-Qawiyy dan mempunyai sifat al-Amin; mujtahid dan mujahid.

4. Tidak timbul juga soal menggantikan Mursyidul Am PAS kerana kita serahkan sepenuhnya kepada MSU untuk memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

5. Kami juga ingin membuat sedikit pembetulan fakta yang ditulis oleh Cikgu Ishak Surin. Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa bukanlah meletakkan jawatan Presiden kerana menjadi Mursyidul AM tetapi beliau menjadi Presiden dan Mursyidul Am serentak. Hanya pada hujung tahun 1988, beliau jatuh sakit dan melepaskan jawatan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, namun beliau kekal sbg Mursyidul AM.

6. Apa yang lebih munasabah ialah kami menyarankan agar Yang Berbahagia Cikgu Ishak Surin mengosongkan kerusi YDP PAS Kawasan Batu pada pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu pada April ini bagi memberi laluan kepada tokoh yang lebih berwibawa dan berkredibiliti untuk mengepalai PAS Kawasan Batu.

7. Saranan ini juga dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Ishak Surin, komitmen terhadap PAS Kawasan Batu semakin menurun, gagal mengadakan mesyuarat secara berkala dan konsisten, serta kehadiran ke mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang sangat lemah.

8. Sebagai orang lama yang berpengalaman, saranan ini tidak bermaksud kami mahu mengetepikan Cikgu Ishak Surin dalam PAS Kawasan Batu, sebaliknya mencadangkan tokoh Karismatik PAS Kawasan Batu ini diangkat lebih tinggi sebagai ‘penasihat’ kepada kami semua.

Sekian.

1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu

2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

3. HAJAH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

Tarikh : 27 Februari 2015 / 8 Jamadilawal 1436H

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top