Nuffnang

PAS Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!!!



“Memang dah ada sesuatu yang sudah tak kena dengan Pas hari ini. Sudah amat jelas ada dua puak yang sedang bertelagah, iaitu puak ulama dan puak profesional. Saya fikir hal ini akan berterusan hingga ke Muktamar pemilihan parti pada bulan Jun ini,” kata seorang dispatch rider di Kuala Lumpur yang mempunyai gambar Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada cermin motosikalnya.

Beliau yang berumur 47 tahun dan telah menjadi penyokong tegar Pas sejak tahun 1998 lagi berpendapat bahawa perang terbuka dalam Pas akan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat (PR) pada keseluruhannya.

“Selain daripada itu, pertelingkahan dengan DAP juga memberikan imej yang buruk kepada Pakatan,” ujar beliau yang bekerja di sebuah firma guaman.

Seorang lagi penyokong Pas di Kuala Lumpur, yang juga bekerja sebagai dispatch rider, telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa perang saudara dalam Pas kini sudah menjadi perang terbuka.

Beliau mengumpamakan situasi dalam Pas sekarang sebagai ‘sebuah rumahtangga yang porak-poranda’.

“Sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial. Laporan berita dari ‘Urusan Meloya’ juga akan menyumbang untuk mengeruhkan lagi keadaan,” sambung beliau sambil menggesa supaya semua puak yang bertelagah cepat mengadakan mesyuarat meja bulat untuk berbincang dan berunding.

Seorang inspektor bas yang juga penyokong Pas berkata dengan nada suara yang sedih bahawa masa depan Pas sudah malap.

“Pas kini telah hilang sokongan pengundi bukan-Islam dan undi Melayu pun belum pasti dapat lagi. Tak tahulah bagaimana nasib Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang,” kata beliau.

Seramai 25 penyokong Pas yang telah diwawancara oleh penulis ini berpendapat ada setengah puak dalam Pas yang sudah berkelakuan terlalu extreme dan ini telah menyebabkan berbagai masalah dalam parti tersebut.

Kata seorang pemandu van, “Pas hari ini bukanlah Pas yang bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam tahun 2008 dulu. Kini Pas dah ‘out’ nampaknya.”

Oleh itu, jika para pemimpin Pas gagal menyelamatkan parti mereka, maka bukan sahaja Pas malah PR juga akan menghadapi kesusahan dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jika PR gagal, ianya akan kerana kelemahan sendiri, dan bukan kerana musuh kuat.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top