Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GERAKAN 50 : PASMA SEMAKIN BERANI DAN KURANG AJAR!!!




TIADA LAGI RAHSIA!!! PASMA telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. 


Mereka ini secara terbuka diminta disingkirkan dalam Muktamar PAS yang akan datang. Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang. 


Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan. Mereka ialah:- 

1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak)
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg)
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg)
4. Ust Nik Abduh (Kelantan)
5. Dr Khairudin Takiri (Trg)
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg)
7. Ust Idris Ahmad (Perak)
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr)
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg)
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah)
11. Ustaz Hanafi (Trg)
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah)
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg)
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka)
15. Ust Mokhtar Senik (Phg)
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah)
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah)
18. Hj Razman Zakaria (Perak)
19. Ust Fauzi (Kedah)
20. Ust Hafez Sobri (Perak)
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka)
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang)
23. Ust Rosli Jabar (Pahang)
24. Ust Aris Hazlan (Pahang)
25. Ust Yusaini (Perlis)
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor)
28. Ust Kamal Saari (Selangor)
29. Dr Daeng Sanusi (Johor)
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel)
31. Ustazah Nuridah (Wilayah)
32. Hj Mohd Nor (Wilayah)
33. Hj Khairil (Wilayah)
34. Ust Khairul Azmi (Pahang)
35. Ust Shahril Azman (Pahang)
36. Ust Zamri Mantop (Selangor)
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png)
39. Ust Yusuf Embong (Pahang)
40. Ust Nik Zawawi (Trg)
41. Dato Nik Amar (Kelantan)
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan)
43. Ust Hashim Jasin (Perlis)
44. Ust Azman Syafawi (Trg)
45. Ust Syarhan (Selangor)
46. Ust Asri Daud (Kelantan)
47. Ust Kamaruzaman (Trg)
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel)
49. Ust Najmi Karim (Selangor)
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor) 


Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, tahaluf siyasi merupakan satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura Ulama yang melibatkan kerjasama antara parti PKR dan DAP.


Mengambil contoh kedua-dua sekutu dalam Pakatan Rakyat itu, Mohd Zuhdi berkata dua parti tersebut mempunyai hubungan proksi dengan NGO-NGO seperti Sisters in Islam dan Comango yang didakwa menyokong Islam liberal dan juga LGBT.

"DAP... mereka yang lahir sebelum 1970an tahu DAP ni apa.

"PKR... dalam PKR semua ada, macam macam ada... dalam PKR ini ada kumpulan Islam dahulunya ada bekas-bekas Umno dalam, ada pejuang hak asasi manusia.

"Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini mempunyai proksi hubungan dengan NGO dan antara NGO-nya seperti Sisters in Islam dan NGO seperti Comango," katanya dalam ucapan pembentangan pasca Arab Spring pada Multaqa Ulama SeMalaysia ke-2 di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya.

Justeru, katanya PAS perlu kembali kepada Islam yang dipimpin oleh ulama untuk menjamin perjuangan mereka dalam menegakkan agama Allah tercapai.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh menyesatkan dan menyesatkan orang lain.

"Atas sebab itulah dalam konteks kita berhadapan dengan politik Malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf... kita bertahaluf, perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura," kata Mohd Zuhdi di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan Ulama PAS.

Mengulas lanjut, katanya tahaluf siyasi merupakan jalan yang penuh dengan hutan rimba dan ahli PAS perlu mengikut jalan yang ditunjukkan oleh ulama atau Majlis Syura.

Katanya dalam hutan rimba tersebut ada buah-buahan, manisan, makanan, tetapi ada juga 'haiwan' merbahaya seperti harimau dan babi.

"Maka kita hendaklah ikut orang yang membawa kita ke dalam hutan rimba... yang membawa kita ke dalam hutan rimba ini dibekalkan dengan kompas, yang telah ditunjukkan oleh ulama, Majlis Ulama.

"Dia juga membawa lampu suluh yang telah dibekal oleh ulama... dia ialah presiden kita," tambah Mohd Zuhdi.


Katanya adalah penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya 'tidak ditelan babi'.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top