Nuffnang

HINA KEHAKIMAN!!!! Jantankah Peguam Negara?



“Kita boleh beri pandangan atau pendapat masing-masing kerana mahkamah juga ada kala melakukan kesilapan faktor atau terkhilaf dalam melaksanakan interprestasi undang-undang.

“Tetapi kita tidak boleh menghina mahkamah. Menghina itu bermaksud menjatuhkan maruah dan mencalarkan imej badan kehakiman dengan ada satu niat yang tidak baik.

“Dan, jelas Leong berbuat demikian,” kata Ahli Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman

PEGUAM Negara sepatutnya segera mengambil tindakan ke atas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong yang didakwa menghina badan kehakiman negara.

Pertimbangan itu mesti dibuat oleh Jabatan Peguam Negara supaya ia dapat memberi mesej yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa penghinaan kepada badan kehakiman negara adalah satu kesalahan, tidak kira siapa pun individu yang terbabit.

Ahli Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman berkata, kenyataan Christopher Leong berhubung keputusan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melampau dan boleh juga didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tegas beliau, mana-mana individu tidak salah memberi pendapat berhubung keputusan mahkamah sama ada mahkamah rendah mahu pun mahkamah di peringkat tertinggi.

Sabtu lalu, lebih 100 ahli Majlis Peguam Malaysia mendesak Leong Leong menarik semula kenyataan beliau terhadap keputusan Kehakiman ke atas Anwar dalam kes liwat.

Leong dalam satu kenyataan 11 Februari lalu menyatakan bahawa ‘Anwar Ibrahim didakwa atau dianiaya’ dalam dakwaan dan pertuduhan kes liwat kedua di bawah Seksyen 337B bersama 337A Kanun Keseksaan.

Lantaran itu, Leong juga diminta berundur segera dari jawatan itu jika gagal memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuat. – MalaysiaGazette
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top