Betullah apa yang kita gusar dan risau apabila puak-puak kuning langsat ni memerintah. Mereka buat seolah-olah undang-undang itu mainan mereka sahaja. Bukan untuk dipatuhi apatah lagi menjadi contoh kepada rakyat sebaliknya undang-undang diperlakukan seperti mereka tidak terikat kepadanya.
Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi dirakam gagal mematuhi undang-undang lalu lintas apabila meletakkan kenderaan di tepi laluan utama bergaris kuning dan menghalang paip bomba.
Kenderaan dengan nombor pendaftaran PG1 itu dirakam melakukan kesalahan tersebut pada 22 Februari 2015 di King Street Georgetown pada jam 1.15 petang.
Untuk rekod, Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng adalah jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1.
Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.
Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi di FB oleh TAN KHAI BENG
Itu satu kes, kes yang ini pula.....
Gambar seorang lelaki yang didakwa mirip seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Selangor sedang berjudi kini luas tersebar di laman media sosial, malah turut dipetik beberapa portal berita utama tempatan.
Beberapa keping foto berkenaan menunjukan lelaki berketurunan Cina itu terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sekumpulan lelaki dan dipercayai berlaku ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Gambar-gambar berkenaan yang dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.
Kad permainan judi berserta sejumlah wang tunai turut jelas kelihatan di atas meja berkenaan.
Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, ADUN DAP berkenaan ketika dihubungi mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberi sebarang ulasan lanjut, termasuk mengiakan atau menafikan pembabitan beliau.
Turut dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai sebagai berkata aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.
Beliau juga dilaporkan enggan mengulas lanjut, termasuk mengesahkan sama ada parti itu turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian kerana belum melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial.
TAPI YANG INI LAWAK :
"Saya belum.. ahh saya masih tengah fikirkan bila gambar tu.. pasal saya memang langsung takde ingatan la bila gambar tu..jadi saya i think no comment la..no comment.. i will try to recall first.. "

Inilah jawapan yang diberi kepada NTV7 apabila diajukan soalan berkaitan isu ini. Kah..kah..kah... Bahasa tunggang langgang.... mudah hilang ingatan. Macam ni dipilih sebagai wakil rakyat?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....