
HASUTAN!!! PDRM Awasi "Anwar Yang Dizalimi"

Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung penganjuran ceramah bebas mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pagoh, Ahad lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff berkata ceramah yang dipercayai anjuran parti pembangkang itu dibuat tanpa permit yang sah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Sehubungan itu, mereka yang berucap dan menghasut semasa ceramah berkenaan jangan fikir polis tidak ambil tindakan.
“Kita pun guna kebijaksanaan dan apabila kertas siasatan lengkap, kita akan kemukakan ia kepada timbakan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru semalam.
Ceramah solidariti bertajuk 'Anwar Yang Dizalimi' itu turut dihadiri beberapa wakil pembangkang antaranya Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penghargaan perkhidmatan cemerlang kontinjen negeri yang turut dihadiri 600 anggota polis seluruh Johor.
Sementara itu, 19 pegawai kanan dinaikkan pangkat ke Asisten Superintendan Polis (ASP) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) pada majlis penghargaan.
Sebanyak 272 pegawai dan anggota pula menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan.
- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



number of flood victims in johor remains at 909 pe...

here s how we re helping developers build safer an...

starvendors kl mega raya fest 2025 festival no 1 k...

selangor govt ordered to release pjd link impact a...

muka sembang kari dah setahun tunggu lod mana dia ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....