Muktamar Parti Islam Se-Malaya (PAS) ke-58 yang berakhir di Kota
Bharu hujung tahun lalu telah dicemari dengan sikap dan perangai buruk
pemimpinnya yang selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam.
Penghujung muktamar tahunan tersebut hanya menggambarkan perhimpunan
sekumpulan mereka yang ‘sakit jiwa’ dan tidak dapat berjalan dengan
betul di atas satu landasan kebenaran.
Dengan kata lain, pemimpin PAS ternyata begitu ghairah ‘menjual
agama’ demi kerakusan kuasa politik sehingga membiarkan otak ahli-ahli
mereka dipenuh sampah-sarap ketaksuban melampau.
Ini terbukti bilamana apa sahaja yang dimuntahkan oleh pemimpin
mereka tetap akan dianggap sebagai satu fatwa atau pegangan agama yang
tidak boleh dicabar atau disanggah oleh orang lain. Mereka telan apa
sahaja tanpa banyak soal.
Oleh sebab itu, umat Islam di negara ini begitu terkejut dan
‘mengucap panjang’ apabila adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik
Razi Nik Mat memimpin bacaan doa di Stadium Sultan Mohammad ke-1V
supaya Allah S.W.T. menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ramai yang pasti sedih dan terkilan kerana tidak ada seorang pun hamba Allah
daripada ratusan perwakilan serta ribuan ahli-ali PAS yang ‘terbuka
hati’ untuk berani menegur perbuatan yang jelas tidak dianjurkan oleh
ajaran Islam yang maha suci.
Amat malang sekali mereka menjadi umat Islam ikutan yang hanya
sanggup mendengar dan mengaminkan apa sahaja doa daripada mulut pemimpin
mereka. Mereka menjadi jumud sehingga tidak dapat membezakan di antara
yang hak dan yang batil.
Umat Islam yang waras dan cerdik akalnya menyifatkan doa pemimpin PAS
melaknatkan UMNO yang didokong oleh majoriti orang Melayu dan umat
Islam di negara ini sebagai keterlaluan dan satu perbuatan ‘hilang akal’
dan memalukan seluruh umat Islam di negara ini.
Umat Islam yang berpegang kepada sunnah WalJamaah tidak dapat
menerima doa laknat yang dilakukan oleh pemimpin PAS itu kerana ia
membabitkan sesama Islam.
Sebaliknya mereka terkilan kerana pemimpin PAS tergamak berbuat
demikian sedangkan jasa UMNO terhadap perkembangan syiar Islam di negara
tidak dapat dinafikan termasuk pembinaan ratusan masjid dan surau.
Mengapa tidak berdoa kepada Allah SWT supaya selamatkan umat Islam di Palestin.
Malah mereka yang masih waras fikirannya juga terkilan kerana
pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan adiknya tidak pernah mengadakan
perhimpunan dan meminta pertolongan daripada Allah S.W.T apabila
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas bukan orang Melayu dan bukan
penganut Islam, yang dengan tegas pernah mengatakan : “langkah mayat
saya dahulu jika ingin tubuh negara Islam”.
Oleh sebab itu, kita sendiri tidak tergamak dan tidak akan mendoakan kepada Allah S.W.T. supaya menghancurkan PAS dan Nik Aziz, sebaliknya saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan semoga Nik Aziz dan sekalian pemimpin PAS diberikan taufik dan hidayah serta petunjuk.
Kita tidak akan menjadi manusia hipokrit kerana disebabkan
kepentingan politik sehingga menggadaikan maruah agama. Justeru itu marilah kita
memohon kepada Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk
kepada Nik Aziz dan para pengikutnya supaya insaf.
Sebaliknya kita sentiasa mendoakan semoga Allah yang Maha Esa
memberikan petujunjuk dan hidayah kepada seluruh umat Islam khususnya di
Malaysia tanpa mengira perberzaan ideologi politik, sama ada daripada
UMNO, PAS mahupun PKR, dengan harapan umat Islam dan negara ini selamat
daripada bala dan sebarang musibah, tidak sepertimana yang sedang
berlaku di sesetengah negara Islam.
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita tidak dapat
menerima penganjuran doa laknat seperti itu kerana tetap yakin bahawa
UMNO parti yang menaungi seluruh bangsa Melayu dan umat Islam tidak
pernah tergelincir daripada landasan Islam yang sebenarnya.
Hakikatnya juga bahawa UMNO walaupun berkongsi kuasa politik dengan
rakan-rakan bukan Islam dalam BN untuk memerintah negara ini,
pemimpinnya tetap berusaha memperjuangkan kepentingan umat Islam.
UMNO tidak pernah membelakangkan syariat Islam dalam teras perjuangannya walaupun bersendikan semangat nasionalisma.
Sehubungan itu, apabila Nik Aziz mendakwa ‘UMNO menolak Islam’ kerana
mempertahankan doa laknat daripada adiknya (Nik Razi), boleh kita sifatkan
dakwaan Mursyidul Am itu sebagai amat jauh menyeleweng.
Sepatutnya Nik Aziz turut berasa ‘terhina’ dengan gelaran yang
dilabelkan kepada beliau sebagai tok guru kerana turut sama bersekongkol
dengan perbuatan melaknat sesama Islam.
Apakah pengikut PAS lebih beriman daripada orang lain?
Nik Razi dalam ucapan doanya dikatakan menyebut : “Ya ALLAH
permudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, hukumkan lah UMNO-BN,
hukumkan UMNO-BN, hukumkan UMNO-BN,”.
“Kalu kamu pernah tenggelamkan Firaun ke dalam laut, Ya ALLAH kamu
telah ranapkan Namrud, begitu juga Abu Lahab. Maka, sungguh mudahnya
kamu untuk menjahanamkan UMNO-BN dalam PRU 13,”.
Bukan setakat, malah seluruh umat Islam di negara ini tidak
dapat menerima doa seperti itu yang secara terang-terangan ditujukan
kepada sesama umat Islam yang hanya bebeza kerana fahaman politik.
Apalah yang ada kelebihan kepada orang Melayu dan Islam yang menjadi
ahli PAS sehingga pemimpin mereka boleh memberi jaminan bahawa
kesemuanya ‘tidak kotor’, sepertimana yang mereka dakwa terhadap ahli
dan pemimpin UMNO.
Justeru, ahli-ahli PAS yang
terlalu taksub sehingga sanggup menelan apa sahaja ‘muntah’ daripada
ulama mereka perlu sedar dan insaf bahawa Allah S.W.T. itu maha
mengetahui lagi maha memahami apa yang tersirat dan yang tersurat di
hati mereka.
Insaf dan bertaubatlah kerana kejadian yang berlaku di depan mata
hari ini adalah satu peringatan daripada Allah S.W.T. tidak kira
seseorang itu ahli PAS, UMNO dan PKR.
Oleh itu, adalah lebih afdal jika perhimpunan di Stadium Sultan
Mohammad ke-1V anjuran PAS itu mendoakan kesejahteraan dan perlindungan
daripada Allah S.W.T. ke atas umat Islam di bumi Palestin yang menjadi
mangsa sembelihan rejim Yahudi, bukannya menadah tangan memohon
kelaknatan kepada umat Islam yang menjadi ahli UMNO.
Dalam satu Hadis, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : ” Tidaklah
para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Marilah kita berjabat tangan atas satu tujuan dan matlamat untuk
membebaskan pemikiran umat Islam supaya tidak dijajah oleh fatwa-fatwa
yang menyesatkan, sepertimana dilakukan oleh Nik Aziz dan pengikutnya.
Lagipun Islam itu menganjurkan kepada kedamaian dan jalan kebaikan sesama umatnya, bukannya memohon laknat ke atas mereka !
Datuk Syed Ali Alhabshee Adalah Ketua UMNO Bahagian Cheras (www.umnobahagiancheras.blogspot.com)
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....