Nuffnang

PR Kecewa Mahasiswa IPTA Kembali Bersama BN

MUAR – Peningkatan jumlah mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyertai UMNO tahun lalu menolak tanggapan bahawa mereka cenderung untuk menyokong pembangkang, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Pilihan raya kampus tahun lalu juga menunjukkan keputusan di mana pemimpin-pemimpin pro-kerajaan menguasai 18 daripada 20 IPT di negara ini.


“Kita menghargai sokongan mereka bukan sahaja dalam kampus tetapi lebih penting mereka sudah bersedia membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti”,


Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) Zon Selatan di Dewan Raya Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, Sungai Abong di sini Sabtu.

Menurut Khairy, jumlah mahasiswa yang menyertai UMNO melonjak daripada 14,000 semasa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pertengahan tahun lalu kepada 27,000 orang pada suku keempat tahun yang sama.





Beliau berkata, sebelum ini ramai pihak bimbang pindaan AUKU yang membenarkan mahasiswa menyertai parti politik akan menyebabkan lebih ramai daripada mereka menyertai parti pembangkang.

“Saya meyakinkan pucuk pimpinan bahawa ia tidak akan berlaku malahan sebaliknya membolehkan mahasiswa lebih cenderung menyertai UMNO,” katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berharap, mahasiswa akan menjadikan KIBAR sebagai landasan untuk menyuarakan pendapat membina dalam sesuatu isu, bukan menyemai kebencian seperti dilakukan penentang kerajaan BN.

Beliau turut yakin matlamat untuk mendapatkan 5,000 penyertaan mahasiswa dalam Kelab IPT BN di seluruh negara akan tercapai lebih awal memandangkan bilangan mahasiswa yang menyertai UMNO kini sudah meningkat.

Sementara itu, kira-kira 250 orang mahasiswa berkampung di kawasan Parlimen Muar dan Bakri sejak Khamis lalu untuk mengadakan khidmat bakti kepada masyarakat setempat yang meliputi aktiviti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan dan program bimbingan pelajar-pelajar luar bandar.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top