Nuffnang

Lawatan Keluarga Banduan Pada 12 Dan 13 Feb Sempena Tahun Baru Cina


KUALA LUMPUR — Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 12 dan 13 Feb ini sebagai tarikh lawatan bagi keluarga banduan, tahanan dan juvenil sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Ketua Seksyen Dasar, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata tarikh itu adalah untuk tahanan di semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney.


“Lawatan untuk tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tempat tahanan perlindungan Kamunting, Taiping, Perak pula ditetapkan pada 10 dan 11 Feb ini,” katanya.
Beliau juga berkata semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua perayaan kecuali bagi tahanan di Kamunting, Taiping.
Waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan keutamaan kepada penghuni penjara kaum Cina.
Bagi memudahkan urusan, pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan, selain tidak dibenar membawa makanan dan minuman melainkan yang dibeli di kantin penjara.
Supri juga berkata pelawat yang ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan seperti bayaran yuran peperiksaan perlu mendapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan. — Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top