Nuffnang

TANDA PUTERA - Kenapa PR Menentang Penayangannya??

Belum pun filem “Tanda Putera” ditayangkan, pemimpin pembangkang terutama DAP seperti “beruk kena belacan” kononnya mendakwa filem tersebut mempunyai sentimen perkauman dan membabitkan pemimpin DAP terutama dalam babak tragedi 13 Mei 1969.

Pemimpin pembangkang seolah-olah berlumba-lumba mengecam filem tersebut yang disifatkan sebagai alat propaganda Barisan Nasional (BN).





Ternyata dakwaan yang dihambur dan dikecam pemimpin pembangkang jelas tersasar apabila pengarah filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulangi tidak ada watak seorang pemimpin DAP digambarkan dalam filem itu seperti didakwa sebelum ini.

Justeru beliau yang juga Pengarah Urusan Pesona Pictures Sdn Bhd meminta masyarakat di negara ini menonton terlebih dahulu filem ‘Tanda Putera’ sebelum membuat kesimpulan melulu dan pelbagai tanggapan salah lain.

Jelas beliau sejak treler selama 90 saat dimuat naik menerusi Internet, banyak tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilempar oleh pihak tertentu.



 


Beliau turut meminta mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan serangan peribadi termasuk ugutan kepada semua pihak berkait dengan filem itu agar menghentikan perbuatan mereka.

Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.

Filem itu juga mengisahkan persahabatan akrab antara Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sama-sama berjuang memulihkan negara daripada trauma 13 Mei serta kematian mereka yang tidak diduga.

Antara pelakon yang membintangi filem dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu ialah Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top