Nuffnang

#AIRSELANGOR : Pakatan Rakyat 0 - 2 Suara Rakyat

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu disifatkan sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu .

“Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak tahan menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka masih tidak tertunai.




“Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka telah bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat waktu kumpulan ibu tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba mengelakkan diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu tunggal ini telah menang dalam pusingan yang pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor.

Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka, tempatnya bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan menyelesaikannya di luar mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji mereka.

“Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari helah, mencari jalan supaya j nji-janji mereka tidak ditunaikan.
“Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas, kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu dijanjikan cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga sedang membuat persiapan untuk ke mahkamah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka kerana janji-janji manis PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat menyokong pakatan pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.

“Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak mereka. Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar prihatin dan menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top