Nuffnang

PRU 13 : BN Yakin 2/3 Di Negeri Sembilan


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berkeyakinan tinggi untuk memenangi dua pertiga jumlah kerusi parlimen dan dewan undangan negeri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.


Keyakinan itu dinyatakan oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berdasarkan daripada perubahan sokongan rakyat serta gerak kerja yang dilakukan oleh petugas BN di semua peringkat sama ada di cawangan, bahagian dan pusat.






“Negeri Sembilan ada lapan  kerusi parlimen, pada PRU 12 kita kalah tiga kerusi ( Seremban, Rasah dan Telok Kemang) kepada DAP dan PKR,  di Negeri Sembilan bukan sahaja usaha untuk dapatkan dua pertiga DUN, kita juga punyai tanggungjawab moral untuk pastikan pusat juga dapat dua pertiga.

“Dalam usaha itu, selepas kita kaji, kita selidik, dua kerusi parlimen yang boleh kita sumbang kepada Perdana Menteri untuk dapatkan dua pertiga ialah parlimen Seremban dan Telok Kemang, kerana dari strateginya `winnable’ kepada Barisan Nasional, kita letakkan usaha, kita tumpukan fikiran, kita yakin kita boleh menang,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, untuk memenangi parlimen Seremban, BN perlu memenangi dua DUN yang kalah pada pilihan raya lalu iaitu DUN Ampangan dan Sikamat, yang diwakili UMNO kepada PKR dengan majoriti yang rendah dan berkeyakinan tinggi BN mampu menawan kerusi berkenaan pada pilihan raya ke 13.

“Kita buat kaji sikap, kecederungan pengundi Melayu kini kepada BN, kepada UMNO, pokok sudah mula condong ke arah kita, pengundi India pun ke arah kita, `chances of winning is there’. India dan Cina nampak sebelah kita, tapi bagaimana kita aturkan strategi untuk memenangi hati mereka, orang dah condong belah kita,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beberapa perubahan telah dibuat terutama membabitkan orang ramai supaya tidak menyusahkan apabila mereka berurusan berikutan permasalahan birokrasi yang sepatutnya boleh dilaksanakan menggunakan budi bicara.

Menurutnya, pentadbir perlu berfikir dengan  apa yang dimahukan oleh rakyat, bagaimanapun ia tidak boleh melanggar apa yang telah ditetapkan tetapi perlu dipermudahkan untuk kesenangan rakyat seperti yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Sebab itu kita mesti fikir `service’ kita, di Negeri Sembilan saya dah buat penjawat awam mestilah mempunyai pemikiran untuk menjual kita punyai pemikiran, bukannya orang nak beli perkhidmatan kita, kita perlu ada produk yang baik untuk orang beli perkhidmatan kita. Ini yang perlu kita buat supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan kita. Orang beli produk kita, kerana suka barang kita bukannya terpaksa beli barang kita,” katanya.

Beliau berkata perubahan itu adalah untuk kebaikkan, bukannya apa yang dilakukan sebelum ini adalah salah tetapi melakukan transformasi untuk lebih baik, iaitu berubah cara berfikir, berubah cara kita melaksanakan untuk memperbaiki apa yang telah dilalui.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top