KUALA LUMPUR – Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran dikatakan merayu kepada juruterbang syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia itu agar menghentikan boikot bagi mengelakkan pihak penaja lari.
Melalui ‘prinst screen’ yang dihantar kepada SuaraTV, Ravi dilihat berulang kali meminta agar juruterbangnya untuk mempertimbangkan semula tindakan yang dilakukan itu.
“Kapten saya merayu kepada kamu agar memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk membawa pesawat (hentikan mogok) demi kebajikan kakitangan yang lain kerana gaji untuk 485 orang kakitangan bergantung kepada penaja, esok.
“Sekiranya penumpang masih terkandas pihak penaja akan menarik diri dan 485 orang kakitangan akan sengsara,” katanya memetik kenyataan tersebut.
Ravi turut menegaskan, beliau sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak penaja untuk menjelaskan gaji kakitangan yang tertunggak.
“Demi kakitangan yang lain, tolong pandu pesawat esok dan saya akan uruskan dengan pihak penaja untuk dapatkan gaji bagi semua kakitangan.
“Saya benar-benar minta maaf atas segala kesulitan disebabkan perkara ini tapi esok adalah hari penentuan. Saya sedang cuba mengatasinya. Saya tidak mahu melihat kakitangan (Rayani Air) menderita, tolonglah kapten.
“Tolonglah Kapten, demi kakitangan yang mempunyai keluarga, anak-anak kecil, bayi dan komitmen mereka, kita tidak boleh lakukan tindakan seperti ini, tolong pertimbangkan,” rayunya lagi.
Jumaat lalu, sebanyak tiga penerbangan Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) terpaksa dibatalkan selepas juruterbangnya mengadakan mogok.
Ekoran tindakan itu Rayani Air akhirnya terpaksa menghentikan semua perkhidmatannya berkuatkuasa serta merta selepas tiga bulan beroperasi.
Ravi melalui satu kenyataan memaklumkan keputusan tersebut diambil selepas juruterbang melakukan mogok dan hal “teknikal” yang tidak dinyatakan. – SuaraTV
DCA KELUAR SURAT PENGGANTUNGAN
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan surat penggantungan sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air, esok.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan semalam kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah DCA.
"Kita akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-70 di sini, pagi ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata sesebuah syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada DCA enam bulan sebelum penggantungan operasi penerbangan.
"DCA tidak dimaklumkan mengenai penggantungan yang diumumkan Rayani Air semalam. Kita akan mendengar dulu penjelasan daripada mereka," katanya. - BH
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....