Nuffnang

KETENTERAMAN AWAM : Polis Nasihat Penganjur Batalkan Program Dr Zakir Naik Di Melaka


KUALA LUMPUR: Polis mengarahkan pihak penganjur forum penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini, dibatalkan.

Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.
Katanya, pihak polis berpendapat forum yang membincangkan dua agama berbeza tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Saya menasihatkan penganjur berkenaan supaya membatalkan segera program itu daripada diadakan demi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam di negara kita.

“Kami berpandangan bahawa apabila penceramah-penceramah membincangkan perkara melibatkan persamaan dua agama (persamaan antara Hinduism dan Islam), mereka tidak akan lari daripada membincangkan keburukan mengenai satu agama yang lain yang dilihat tidak sihat untuk negara kita. perlu dibatalkan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.

Khalid berkata, bagi memastikan arahan segera itu dipatuhi, penganjur berkenaan akan dipanggil pagi ini untuk membatalkan forum itu seperti yang disyor dan dinasihatkan polis.

“Forum sebegini perlu dihentikan, kita buat keputusan ini atas dasar logik dan berpatutan, kalau tidak sesuai, kita perlu beritahu ia mengancam ketenteraman awam.

“Saya harap penganjur ikut arahan, tidak berdegil,” katanya.

Sementara itu, penganjur forum akan mengdakan sidang akhbar pada jam 4 petang bagi memaklumkan perkembangan terkini bantahan itu.

Kedatangan Dr Zakir ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina agama lain.

Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagaimanapun mempertahankan Dr Zakir kerana beliau seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.

“Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya,” kata Asri. - FMT
Share this article

8 Komen:

  1. Mesti lah singapork melarang pendakwah Islam masuk.......singapork tu memang repulik cinapek yang ANTI ISLAM.

    BalasPadam
  2. Ceramah itu bukannya berunsur hasutan atau penghinaan kepada mana-mana agama, itu hanyalah sekadar perbandingan agama.

    Kalau beginilah pemikiran pihak polis, maka eloklah pihak polis menyerbu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kerana di situ ada Fakulti Usuluddin dan Perbandingan Agama juga.

    Tindakan pihak polis ini mencerminkan mereka bertindak atas desakan politik, bukannya atas dasar keadilan dan undang-undang, kerana ceramah perbandingan agama dengan hasutan berunsur keagamaan adalah perkara yang berbeza sama sekali.

    Jika ada penganut hindu yang tak suka dengan ceramah Dr. Zakir Naik itu, maka tak payahlah mereka datang, tak ada paksaan kepada mereka untuk datang pun.

    Malahan ceramah itu dibuat di tempat yang tertutup, bukannya dibuat di Dataran Merdeka atau di Stadium Bukit Jalil atau di kawasan pasaraya atau pasar malam atau pekan sehari pun, tak ada apa-apa isu pun.

    Tindakan Khalid ini jelas telah mencemarkan bukan sahaja maruah jabatan polis, tetapi mencemarkan nama baik Malaysia yang selama ini dikenali sebagai negara Islam.

    Maka Khalid patut meletakkan jawatan jika dia mempunyai maruah dan harga diri.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Dekat India elok aje Dr Zakir tu berceramah. Apa la yang dilayan sangat bantahan bukan-bukan dari puak minoriti tu.

    BalasPadam
  4. Pemuda MIC C Sivarajj menentang tak tentu hala, kalau tak suka dengar ceramah dari Dr. Zakir Naik, maka tak payahlah datang ke tempat ceramah tu, kau boleh melantak todi di kebun sawit dengan rakan-rakan MIC kau itu sahajalah.

    Pemuda MIC ni politik sahajalah yang lebih, mereka bukannya ikhlas pun.

    Malahan kalau Pemuda MIC hadir ke ceramah itu, mereka patut menerangkan antara patung dewa dengan orang yang buat patung dewa yang mereka sembah hari-hari tu, siapakah yang lebih berkuasa dan lebih tuhan?

    Bukan apa kalau patung dewa yang disembah itu dianggap tuhan, maka yang membuat patung dewa tu lebih hebatlah, sebab boleh buat tuhan, maka yang buat patung dewa tu lebih tuhan dari tuhanlah, maka pasal apa tak ambik sahaja tukang buat patung dewa tu letak di rumah dan sembah dia hari-hari, sebab dia hebat boleh buat 'tuhan'.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Apa bodoh punya alasan. Sesungguhnya aku sebagai umat Islam berbangga insan seperti Dr.Zakir Naik sudi datang ke Malaysia untuk menyampaikan kesejahteraan agama itu sendiri. Dia seorang ilmuan terkemuka dan pengkaji agama2 serta kitab2 agama dalam dunia nie. Selama aku ikut semua penyampaiannya tidak ada satu pon kenyataan yang menyatakan keburukan agama2 lain dalam dunia nie. Awak sebagai Ketua Polis Negara dan seorang umat islam perlu sedar apa yang diperkatakan. Kenapa perlu mengikut tekanan agama2 lain yang cuma menimbulkan isu yang tak mungkin berlaku?? Kenapa perlu dilayan?? Adakan agama rasmi negara kita nie bukan agama Islam?? Adakah majoriti agama di Malaysia adalah bukan islam?? Sedangkan negara India sendiri yang majoritinya adalah hindu tidak timbul isu ini. Ingat Islam adalah agama kesejahteraan bukan permusuhan.

    BalasPadam
  6. Saya berpendapat, pihak polis ada alasan tersendiri untuk membuat keputusan sedemikian. Melihat kepada faktor persekitaran yang mudah dikocak dengan sentimen maka ada baiknya acara tersebut diadakan diluar seperti Perlis Indera Kayangan.

    BalasPadam
  7. Lelaki yang sebenar-benar lelaki bukanlah terletak pada kehebatan nya untuk membunuh ramai manusia tetapi sebaliknya adalah terletak pada keberanian seseorang lelaki itu untuk berdepan dengan kebenaran yang sebenar. Tetapi lebih parah lagi sekiranya ada manusia yang lebih takut kepada manusia berbanding kebenaran ugama Islam milik ALLAH.

    Itulah hakikat sebenar yang terjadi kepada pemimpin Hindraf yang begitu takut kepada sesuatu yang tidak mereka fahami padahal Dr. Zakir Naik datang bukan untuk mengaibkan sesiapa. Beliau datang untuk memberi maklumat yang perlu di ketahui olih seluruh rakyat Malaysia pelbagai fahaman “ugama” supaya tidak ada lagi kekeliruan. Sebaliknya KPN yang mengaku Islam begitu takut dengan ugutan sekumpulan manusia yang keliru padahal sepatutnya sebagai seorang yang mengaku Muslim beliau sepatutnya lebih memahami dan bijak untuk membuat keputusan yang tidak akan memalukan dirinya sendiri.

    Misalnya apa kah boleh mendatangkan kerugian atau huru-hara kepada negara ini sekiranya kita diberitahu bahawa terdapat ayat didalam kitab Hindu yang melarang penganutnya untuk menyembah berhala? Tidak kah fakta ini bersesuaian pula dgn tajuk " Similarities between Islam and Hinduism"? Apakah tidak masuk akal atau keterlaluan sekiranya ada orang bertanya kenapa Dewa Siva sebagai “Tuhan” (penganut Hindu) tidak kenal dengan anaknya sendiri ? Sebab itu ada seorang bekas Sami Hindu Malaysia akhirnya masuk Islam kerana menurut beliau bagaimana Dewa Siva bolih membantu dirinya sedang Tuhan penganut Hindu itu tidak mampu untuk kenal dengan anak perempuannya sendiri? Olih itu mustahil Dewa Hindu itu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa pun sekiranya “Dewa” itu sendiri tidak kenal dengan orang yang memerlukan pertolongan.

    Kita percaya ada ramai orang-orang Hindu dan Islam yang ingin tahu tetapi nampaknya ada orang Islam sendiri yang menjadi penghalang besar bagi mereka untuk mendapatkan kebenaran itu. Hakikatnya kita sendiri yang menjadi penghalang utama bagi menyuburkan syiar Islam itu di negara ini. Sekiranya kebenaran pun tidak mampu kita adakan janganlah kita bertindak seperti orang jahil yang sombong lagi bodoh. Sampai bila kita nak biarkan ugama Islam kita dihina oleh orang bukan Islam sedangkan cara yang paling berkesan menangani isu itu adalah melalui Ilmu atau maklumat yang benar dan bukannya melalui penguatkuasaan undang-undang polis.

    Ada pepatah Ahli Sufi yang berupa pertanyaan dan jawapan yang berbunyi. Apakah yang terlebih pahit daripada jadam? Jawapan nya adalah " Ilmu atau maklumat yang benar".

    BalasPadam
  8. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam marilah kita lihat dan fahami firman Allah yang sudah tertulis semenjak lebih 1400 tahun dahulu didalam Al Quran surah Al Mursalat ayat 1-6 yang berbunyi:

    Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

    1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
    2. Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
    3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
    4. Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
    5. Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
    6. Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

    Tidak kah demi untuk memastikan kedaulatan syiar Islam supaya terus terjamin adalah dengan cara menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat umum negara ini. Sampai bila kah kita harus memendam rasa apabila kedaulatan Islam dengan senang NGO anti Islam berterusan menghinanya sebelum ini? Tidak kah cara paling berkesan untuk menangani penghinaan itu adalah melalui Ilmu atau maklumat yang ternyata sangat benar faktanya? Saranan siapa kah yang lebih tepat untuk kita semua turuti? Apakah arahan dangkal dan kurang bijak dari KPN lebih penting atau pun firman ALLAh SWT lebih utama fadhilatnya?

    Fikir-fikirkanlah dengan waras kerana secara fitrahnya akal yang ALLAH anugerahkan kepada setiap manusia adalah bertujuan supaya kita semua mampu untuk berfikir bagi memisahkan sesuatu yang bathil supaya lebih mudah kita untuk mengEsakan kebesaran Pencipta kita semua. Usahlah kita biarkan diri kita berterusan didalam keadaan jahil serta cetek pemikiran sebaliknya kita harus lebih bijak untuk menggunakan akal anugerah ALLAH itu. Hentikanlah pemikiran cara kuno yang kununnya atas nama keharmunian negara demi untuk mempertahankan sesuatu kaum yang ternyata sesat lagi menyesatkan cara dan pemikiran mereka itu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top