Nuffnang

DEBAT : Khairy Sekolahkan Guan Eng!!!


Guan Eng dikecam kerana berkelakuan tidak munasabah meminta Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk pulang segera daripada lawatan rasmi ke luar negara semata-mata untuk berdebat secara terbuka dengan beliau mengenai isu Taman Manggis.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Rahman di laman Twitter miliknya.

“Beliau (Abdul Rahman) berkata akan berdebat dengan Lim selepas kembali daripada lawatan rasmi itu. Tidak fikir perkara ini perlu (dilakukan),” tulis Khairy di laman Twitternya.

Ketua Pemuda UMNO itu membalas komen Guan Eng di Twitter selepas Guan Eng mendakwa tidak sabar untuk untuk berdebat dengan Rahman.

“Takkan nak paksa saya pergi luar negara untuk bahas dengan anda. Baliklah sekarang,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Akibat penangguhan debat itu, Rahman dan Guan Eng bertikam lidah mengenainya di Twitter.

Kini debat terbuka itu hanya akan diadakan selepas Rahman pulang dari lawatannya pada 15 April depan.

“Saya akan berlepas ke luar negara malam ini. Kembali pada 15 (April). Lawatan saya sudah diatur lama. Debat selepas lawatan ini,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerusi Twitternya malam Jumaat.


BERTEKAK DI TWITTER

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan terpaksa berlepas ke luar negara seperti yang telah dirancang awal sebelum ini.

Sehubungan itu, debat terbuka yang dirancang bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai isu Taman Manggis itu hanya akan diadakan selepas Abdul Rahman pulang dari lawatannya pada 15 April depan.

“Saya akan berlepas ke luar negara malam ini. Kembali pada 15 (April). Lawatan saya sudah diatur lama. Debat selepas lawatan ini,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerusi Twitternya malam Jumaat.

Status terbarunya itu menyebabkan berlakunya pertikaman lidah di antara kedua-duanya di Twitter.

Guan Eng membidas tindakan Rahman yang menangguhkan debat terbuka itu akan ‘hilang stim’.

“Huh…Apa ini? Debat hilang stim lah. Saya sebelum ini telah memendekkan lawatan ke China hanya untuk bersemuka dengan anda di Parlimen.

“Adakah @mpkotabelud mahu berdebat dengan saya di luar negara? Di mana? Baliklah? Jika saya boleh membatalkan lawatan rasmi ke China untuk bersemuka dengan anda di Parlimen, mengapa tidak anda,” tulis Guan Eng di laman Twitternya.

Dalam reaksi balasnya, Ahli Parlimen Kota Belud itu turut melancarkan beberapa serangan menerusi Twitternya dengan mendakwa Guan Eng tidak berani bersemuka dengan beliau di Parlimen.

Beliau berkata Setiausaha Agung DAP itu bergegas balik dari China kerana isu Taman Manggis semakin panas.

“Bila anda bersemuka dengan saya? Hakikatnya anda terdesak mahu Speaker mengeluarkan anda dari Parlimen. Saya sudah bersedia untuk bersemuka dengan anda!

“Malah saya juga mendesak Speaker supaya tidak mengusir anda kerana saya mahu anda bersemuka dengan saya dalam debat di Parlimen!,” kata Abdul Rahman lagi.

Abdul Rahman turut menjawab kenyataan Guan Eng bahawa debat tersebut sudah ‘hilang stim’ dengan berkata beliau akan mengemukakan soalan untuk debat itu lebih awal supaya ketua menteri berkenaan boleh menyediakan jawapannya.

“You nak stim? Terpulang kepada anda! Memandangkan anda stim sangat, saya akan sediakan soalan lebih awal supaya anda boleh bersedia,” tulisnya.

Malah, Abdul Rahman turut menyindir Guan Eng selepas dimaklumkan bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu enggan membahaskan isu pembelian banglo bernilai RM2.8 juta.

“Hmmmm… Saya baru diberitahu kononnya pihak sebelah sana tidak mahu isu banglo Puan Phang dimasukkan dalam perdebatan. Apa pandangan anda?,” soal Abdul Rahman kepada pengikutnya di Twitter.
Share this article

2 Komen:

  1. INI TONGKANG CUMA TENGOK MS PHANG. BETTY JI BA BAN SUDAH TAK STIM. SUDAH TUA. MS PHANG SEMUA ADA....

    BalasPadam
  2. Nak debat apa...ni semua dah jadi kes rasuah jangan layan dengan guan eng yang cuma cari jalan nak bersihkn nama dia..mohd khir toyo tak ada pun debat2 kan..yang cina sekor ni nak debat apasal...nak tunjuk dia tokong ke

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top