Nuffnang

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (DIKEMASKINI)


Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. 

Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. 

Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan. 

Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN 

Kerajaan bersetuju untuk menambah baik skim perkhidmatan yang berkuat kuasa melibatkan perkara-perkara berikut: 
  1. Penyeragaman gred jawatan/kod gaji di gred lantikan bagi skim perkhidmatan berkelayakan SPM dan STPM/diploma; 
  2. Penambahan lapisan gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; 
  3. Peluasan pemakaian kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai syarat KMP dalam skim perkhidmatan berkelayakan SPM; 
  4. Pindaan nama/kod Klasifikasi Perkhidmatan dan kod gaji; 
  5. Pewujudan skim perkhidmatan bersepadu baharu; 
  6. Pindaan perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan; 
  7. Pemindahan kelayakan masuk sijil politeknik/sijil setaraf STPM daripada skim perkhidmatan berkelayakan SPM kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/diploma; dan 
  8. Penjumudan dan pemansuhan skim perkhidmatan.



    Sekiranya tidak dapat dilihat sila KLIK SINI

    Sebarang persoalan mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 sila berhubung melalui:

    Hunting line : 03-88855600

    E-mel rasmi:  pp12016@jpa.gov.my

    Tempoh Pengoperasian Bilik Gerakan : 14 April 2016 (11.00 pagi) hingga 13 Mei 2016  8.30 pagi - 5.30 petang ***(setiap hari kecuali Jumaat rehat 12.15 - 12.45 tengah hari).

    Lampiran
    =========
    1. Lampiran A (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_A.pdf)
    2. Lampiran B1 (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_B1.pdf)
    3. Lampiran B2 (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_B2.pdf)
    4. Keterangan Lampiran B3 (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_B3.pdf)
    5. Lampiran B4 (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_B4.pdf)
    6. Lampiran C - Borang Opsyen (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_C.pdf)
    7. Borang Maklum Balas Opsyen (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_C_BORANG_MAKLUM_BALAS_OPSYEN.pdf)
    8. Lampiran D (http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/LAMPIRAN_D.pdf)

    Skim Perkhidmatan
    ===============

    1. PENGANGKUTAN (A) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PENGANGKUTAN_A.pdf

    1.  Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang
    2.  Pemeriksa Kapal Terbang
    3.  Penolong Pemeriksa Kapal Terbang
    4.  Pegawai Kawalan Trafik Udara
    5.  Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
    6.  Pegawai Laut
    7.  Penolong Pegawai Laut
    8.  Pembantu Laut
    9.  Pemeriksa Kereta Motor
    10.     Pemandu Lokomotif


    2. BAKAT DAN SENI (B) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_BAKATDANSENI_B.pdf

    11.     Penerbit Rancangan
    12.     Ahli Muzik
    13.     Pereka
    14.     Pegawai Kebudayaan
    15.     Artis Budaya
    16.     Jurufotografi
    17.     Jurusolek


    3. SAINS (C) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_SAINS_C.pdf

    18.     Pegawai Meteorologi
    19.     Penolong Pegawai Meteorologi
    20.     Pegawai Kawalan Alam Sekitar
    21.     Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
    22.     Pegawai Sains
    23.     Penolong Pegawai Sains
    24.     Pembantu Makmal
    25.     Pegawai Geosains
    26.     Penolong Pegawai Geosains
    27.     Pembantu Geosains
    28.     Pegawai Teknologi Makanan
    29.     Penolong Pegawai Teknologi Makanan
    30.     Pegawai Penyediaan Makanan
    31.     Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
    32.     Pegawai Makmal Filem
    33.     Penolong Pegawai Makmal Filem
    34.     Pembantu Makmal Filem


    4. PENDIDIKAN (D) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PENDIDIKAN_D.pdf

    35.     Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    36.     Guru Bahasa
    37.     Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
    38.     Pensyarah UiTM
    39.     Penolong Pensyarah UiTM
    40.     Pensyarah Universiti
    41.     Pensyarah Perubatan
    42.     Pensyarah Pergigian
    43.     Pensyarah Farmasi
    44.     Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional


    5. EKONOMI (E) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_EKONOMI_E.pdf

    45.     Pegawai Ehwal Ekonomi
    46.     Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
    47.     Pembantu Ehwal Ekonomi
    48.     Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/ Pegawai Latihan
    49.     Perangkawan
    50.     Penolong Pegawai Perangkaan
    51.     Pembantu Perangkaan


    6. TEKNOLOGI MAKLUMAT (F) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_SISTEMMAKLUMAT_F.pdf

    52.     Pegawai Teknologi Maklumat
    53.     Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
    54.     Juruteknik Komputer


    7. PERTANIAN (G) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PERTANIAN_G.pdf

    55.     Pegawai Pertanian
    56.     Penolong Pegawai Pertanian
    57.     Pegawai Perikanan
    58.     Penolong Pegawai Perikanan
    59.     Pembantu Perikanan
    60.     Pegawai Veterinar
    61.     Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar
    62.     Pemelihara Hutan
    63.     Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan
    64.     Pengawas Hutan
    65.     Pegawai Hidupan Liar
    66.     Penolong Pegawai Hidupan Liar
    67.     Pembantu Hidupan Liar
    68.     Pengurus Taman/Ladang
    69.     Penolong Pengurus Taman/Ladang
    70.     Pembantu Taman/Ladang
    71.     Pegawai Rancangan Tanah
    72.     Penolong Pegawai Rancangan Tanah
    73.     Penyelia Rancangan Tanah


    8. KEMAHIRAN (H) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_KEMAHIRAN_H.pdf

    74.     Pembantu Kemahiran
    75.     Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
    76.     Operator Loji
    77.     Pembantu Awam
    78.     Pemandu Kenderaan


    9. KEJURUTERAAN (J) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_KEJURUTERAAN_J.pdf

    79.     Arkitek
    80.     Pelukis Pelan (Seni Bina)/ Penolong Pegawai Seni Bina
    81.     Arkitek Landskap
    82.     Penolong Arkitek Landskap
    83.     Jurutera
    84.     Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera
    85.     Juruukur Bahan
    86.     Penolong Juruukur Bahan
    87.     Juruukur
    88.     Penolong Juruukur
    89.     Juruukur Bangunan
    90.     Penolong Jurukur Bangunan
    91.     Jurugeospatial
    92.     Pegawai Perancang Bandar dan Desa
    93.     Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
    94.     Pemeriksa Kilang dan Jentera
    95.     Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
    96.     Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
    97.     Penguasa Bekalan Air
    98.     Merinyu Tali Air
    99.     Penjaga Jentera Elektrik


    10. KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (K) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_KESELAMATANDANPERTAHANANAWAM_K.pdf

    100.    Penguasa Bomba
    101.    Penolong Penguasa Bomba
    102.    Pegawai Bomba
    103.    Penolong Penguasa Imigresen/ Penguasa Imigresen
    104.    Pegawai Imigresen
    105.    Penolong Pegawai Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran
    106.    Pembantu Pendaftaran
    107.    Pegawai Pertahanan Awam
    108.    Penolong Pegawai Pertahanan Awam
    109.    Pembantu Pertahanan Awam
    110.    Pegawai Keselamatan
    111.    Penolong Pegawai Keselamatan
    112.    Pembantu Keselamatan
    113.    Pengawal Keselamatan
    114.    Penguasa Penjara
    115.    Penolong Penguasa Penjara
    116.    Pegawai Penjara
    117.    Pegawai Penguat Kuasa
    118.    Penolong Pegawai Penguat Kuasa
    119.    Pembantu Penguat Kuasa


    11. PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN (L) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PERUNDANGANDANKEHAKIMAN_L.pdf

    120.    Pegawai Undang-undang
    121.    Penolong Pegawai Undang-undang
    122.    Pembantu Tadbir (Undang-undang)
    123.    Jurubahasa
    124.    Pegawai Syariah
    125.    Penolong Pegawai Syariah
    126.    Pembantu Syariah


    12. TADBIR DAN DIPLOMATIK (M) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_TADBIRDANDIPLOMATIK_M.pdf

    127.    Pegawai Tadbir dan Diplomatik

    13. PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PENTADBIRANDANSOKONGAN_N.pdf

    128.    Pegawai Tadbir
    129.    Penolong Pegawai Tadbir
    130.    Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
    131.    Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat
    132.    Penghantar Notis
    133.    Bentara Mesyuarat
    134.    Bentara Parlimen
    135.    Pemeriksa Cap Jari
    136.    Juruaudio Visual
    137.    Operator Wayarles
    138.    Pegawai Khidmat Pelanggan
    139.    Pegawai Penerbitan
    140.    Penolong Pegawai Penerbitan
    141.    Pembantu Penerbitan
    142.    Pegawai Penyelidik Sosial
    143.    Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
    144.    Pembantu Penyelidik Sosial
    145.    Jurubahasa Serentak
    146.    Pengurus Asrama
    147.    Penolong Pengurus Asrama
    148.    Penyelia Asrama
    149.    Pembantu Pengurusan Murid
    150.    Pembantu Penyediaan Makanan
    151.    Penghulu
    152.    Penolong Pegawai Tanah (Pemakaian di Semenanjung sahaja)
    153.    Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah (Pemakaian di Sabah/Sarawak)
    154.    Pembantu Operasi


    14. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (Q) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PENYELIDIKANDANPEMBANGUNAN_Q.pdf

    155.    Pegawai Penyelidik
    156.    Penolong Pegawai Penyelidik
    157.    Pembantu Penyelidik


    15. SOSIAL (S) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_SOSIAL_S.pdf

    158.    Pegawai Komunikasi Strategik
    159.    Pegawai Hal Ehwal Islam
    160.    Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
    161.    Pembantu Hal Ehwal Islam
    162.    Pegawai Arkib
    163.    Penolong Pegawai Arkib
    164.    Pembantu Arkib
    165.    Pembantu Pemuliharaan
    166.    Kurator
    167.    Penolong Kurator
    168.    Pembantu Muzium
    169.    Pustakawan
    170.    Penolong Pustakawan
    171.    Pembantu Pustakawan
    172.    Pegawai Pembangunan Masyarakat
    173.    Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
    174.    Pembantu Pembangunan Masyarakat
    175.    Pegawai Belia dan Sukan
    176.    Penolong Pegawai Belia dan Sukan
    177.    Pembantu Belia dan Sukan
    178.    Pegawai Perhubungan Perusahaan
    179.    Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
    180.    Pembantu Perhubungan Perusahaan
    181.    Pegawai Penerangan
    182.    Penolong Pegawai Penerangan
    183.    Pembantu Penerangan
    184.    Perancang Bahasa
    185.    Penolong Perancang Bahasa
    186.    Pegawai Psikologi
    187.    Penolong Pegawai Psikologi
    188.    Pegawai Antidadah
    189.    Penolong Pegawai Antidadah
    190.    Pembantu Antidadah
    191.    Pegawai Kesatria
    192.    Penolong Pegawai Kesatria
    193.    Pembantu Kesatria
    194.    Pegawai Berita
    195.    Wartawan


    16. PERUBATAN DAN KESIHATAN (U) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PERUBATANDANKESIHATAN_U.pdf

    199.    Pegawai Perubatan
    200.    Pegawai Optometri
    201.    Penolong Pegawai Perubatan
    202.    Juru X-Ray
    203.    Jururawat
    204.    Juruteknologi Makmal Perubatan
    205.    Jururawat Masyarakat
    206.    Pembantu Perawatan Kesihatan
    207.    Pegawai Pemulihan Perubatan
    208.    Jurupulih Perubatan
    209.    Pegawai Pergigian
    210.    Juruteknologi Pergigian
    211.    Juruterapi Pergigian
    212.    Pembantu Pembedahan Pergigian
    213.    Pegawai Farmasi
    214.    Penolong Pegawai Farmasi
    215.    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Pegawai Kesihatan Persekitaran
    216.    Pembantu Kesihatan Awam
    217.    Juruteknik Perubatan
    218.    Pengajar
    219.    Pegawai Dietetik

    17. KEWANGAN (W) - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/01/KLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_KEWANGAN_W.pdf
    220.  Akauntan
    221.  Penolong Akauntan
    222.  Pembantu Akauntan
    223.  Juruaudit
    224.  Penolong Juruaudit
    225.  Pembantu Juruaudit
    226.  Pegawai Penilaian
    227.  Penolong Pegawai Penilaian
    228.  Pembantu Penilaian
    229.  Pegawai Kewangan
    230.  Pembantu Tadbir (Kewangan)
    231.  Penguasa Kastam
    232.  Penolong Penguasa Kastam
    233.  Pembantu Penguasa Kastam
    234.  Pegawai Aktuari
    Share this article

    0 Komen:

    Catat Ulasan

    APA Kata Anda?
    Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

    Nuffnang 3

    MENARIK

    BB Followers

     
    Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
    Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
    back to top