Bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia sekali lagi dingatkan betapa bahayanya gerakan puak ultra kiasu yang bersifat anti-Islam, sama ada di dalam parti pakatan pembangkang, mahupun di dalam Barisan Nasional (BN).
Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, berkata ultra kiasu, terutama di kalangan Kristian Evangelis sentiasa mencanangkan diversiti agar negara ini tidak lagi memiliki identiti Islam dan Melayu.
Beliau berkata, golongan ultra kiasu Evangelis sangat kuat memperjuangkan pluralisme serta liberalisme dan menjadikan anak muda Melayu yang menyokong LGBT serta seks bebas, sebagai sasaran.
“Keadilan pada mereka adalah sama rata sama rasa atau 1=1, bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keistimewaan Islam dan Melayu amat dicemburui kerana menjejaskan kepentingan mereka (Evangelis).
“Mereka tidak mahu melihat ada anak Melayu menutup aurat. Golongan inilah yang diambil bekerja di syarikat mereka. Mereka yang mahu kembali kepada Islam dilabelkan dengan istilah pengAraban (Arabisation).
“Mereka tidak membenarkan pekerja Islam bersolat (solat Jumaat) kerana dianggap membuang masa dan merugikan syarikat,” tulis beliau dalam Sinar Harian hari ini.
Prof Ridhuan Tee berkata, parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang beliau menggunakan istilah yang sering digunakan iaitu ‘ultra kiasu’.
“Kiasu dalam bahasa Cina Hokkien adalah takut (kia) kalah (su). Ultra kiasu bermakna sangat takut kalah dan mahu sentiasa menang dengan apa cara sekalipun. Sifat ini selalu dirujuk kepada Singapura, selepas berpisah dengan Malaysia.
“Kebobrokan ultra kiasu adalah mahu menang dan tidak mahu mengalah. Apa jua agenda yang bertentangan dengan kepentingan bangsa mereka akan ditentang. Agenda bangsa mengatasi agenda negara. Perlembagaan Persekutuan yang berpihak kepada Islam dan Melayu amat dimusuhi, mahu dipinda,” katanya.
Beliau berkata, ultra kiasu sudah menguasai ekonomi, tetapi masih berasa belum cukup dan mahu menguasai segala-galanya, termasuk politik.
“Ultra kiasu mahukan bahasa ibunda mereka dimartabatkan sama kedudukannya seperti bahasa Melayu. Mahu Mahkamah Syariah dihapuskan. Mereka mahu melaksanakan agenda tuntutan 14 perkara Inter Faith Council. Misalnya, seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi Islam.
“Mereka mendesak kerajaan membuka ruang seluasnya untuk bukan Islam campur tangan dalam hak ehwal Islam. Mahukan undang-undang Islam tunduk kepada norma antarabangsa. Orang Islam bebas untuk murtad dan undang-undang tidak boleh dikenakan kepada si murtad.
“Kes murtad atau sebarang kes Islam berkaitan mereka, tidak boleh dikendalikan oleh Mahkamah Syariah. Bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Pasangan suami atau isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam dan bangsa Melayu supaya bersatu memastikan negara berasaskan Islam dan Melayu ini tidak dirobek oleh kejahatan ultra kiasu. - SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....