PETALING JAYA: Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Safirul Azli Abu Bakar mempertahankan Khairy Jamaluddin yang menyalahkan pemain negara, selepas ranking skuad negara jatuh ke tangga 174 dunia.
Katanya, kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan itu, selaras pendirian PPBN sebelum ini, iaitu kualiti pemain senior Harimau Malaysia tidak mampu lagi menyaingi negara lain.
Malah, Safirul sekali lagi menegaskan, semua pemain senior dalam Harimau Malaya ketika ini perlu ditukar dan digantikan pemain muda yang mampu memperbaiki prestasi skuad negara.
“Kalau nak betulkan prestasi bola sepak negara, kita kena balik kepada akar umbi, masuk balik ke akar umbi ialah membina generasi baru bermain untuk negara.
“Prestasi dan kebolehan pemain senior yang ada sekarang ini tidak mancukupi dan tidak mampu untuk mencapai lebih banyak kejayaan, malah di peringkat Asia pun tak berapa sampai.
“Pemain yang ada sekarang ini dah tak boleh ubah, kena ada pemain baru dan muda, bila pemain itu tua dan sampai di peringkat senior, tak banyak boleh ubah.
“Kalau dapat ubah pun dia tak konsisten, mungkin dia akan bermain bagus hanya untuk satu perlawanan sahaja, selebihnya tidak,” katanya
Pada masa sama, Safirul turut membidas sikap segelintir individu, termasuk penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali yang membuat tohmahan membuta tuli terhadap Khairy, tanpa melihat pelan pembangunan yang ingin dibawakan menteri tersebut.
“Saya sokong Khairy, sebab dia telah melancarkan pelan pembangunan bola sepak negara. Malah, sebelum ini tidak ada peruntukan untuk pembangunan bola sepak (seperti dibuat Khairy), perancangan Khary ini juga sudah bagus, tetapi kena sabar dan bagi masa.
“Kalau orang faham tentang pembangunan bola sepak negara, dia tak akan kritik, sebab sekarang ini, apa-apa kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) bawa akan mendapat banyak sokongan, lebih-lebih lagi penyokong JDT.
“Bila penyokong terus menerima (tanpa memahami program pembangunan yang ingin dibawa Khairy), tidak tengok fakta, itu menyebabkan berlakunya polemik.
TMJ ni anak raja aja kalu biasa2 dah terok kena hentam kadang2 nampak macam xcerdik.
BalasPadamSafee Sali pun main dah macam budak baru belajar main bola, kata sebab 100 juta ranking jatuh,
BalasPadamtapi banyak lagi negara miskin dan huru-hara ranking lagi baik dari negara kita
selalu terpijak bola. nak score kena suap.
PadamKALAU TAK GETI MENARI, JANGAN LAH CAKAP LANTAI TU TAK RATA......
BalasPadambetul bro...sikap pemain itu sendiri. berbeza dengan pemain dulu dulu. dulu pemain dipanggil mewakili negara..bangga penuh semangat. main mati2an. setakat korea danjepun kadang2 kita bolih menang. apa lagi pemain jepun dahulu kebanyakan pendek2. sekarang ni nak kalahkan bangladesh pun terkial2. yang satu ketika dulu cuma pakai kasut rubber jer.
Padampemain sekarang manja. cepat lemau. apa lagi kalau dah kena sebiji dua. patah semangat. pada diorang..buat apa kisah. bukan aku sorang ajer. kalah pun kalahlah. pendapatan aku puloh2 ribu sebulan. kelab tetap bayar punya. main untuk kelab..patah kaki pun tak ape. kalau tidak syoru mis...atau kena penampor jepun. safee sali jangan sembang la...
Kan... ego dan menatliti pemain yang kena dan perlu berubah. Nama profesional tapi amalan sains sukan haram tak tahu. Masa main wakil negara pun macam takde emosi dan perasaan je.
Padamsikap kena ubah. jurulatih bagus pun pening kepala. daripada jurulatih luar sampai jurulatih dalam negeri..kat mana pemain kita? pemain2 lama ramai yang masih hidup. pegi tanya. bendera negara yang tersemat kat jersey membuat mereka bangga.
Padambukan macam pemain sekarang. macam hampeh. dalam kepala $$$$$$$$.....
Jdt bangga dgn pemain yg pasukan lain
BalasPadamGilap. Apa pembangunan pemain yg jdt dah buat. Tunjukan? Berapa pemain asal johor yg wakili jdt sekarang.cite lebeh lah....
safee sali blh main bola ke? main bola kerandut leh la.. satu gol pun takda jaring skrg ni byr punya la mahal suruh dia blk indon je la lg baik..
BalasPadam