Nuffnang

TIADA LAGI HORMAT : Rakyat Dah Muak, Veteran Syorkan Akta Hasutan Buat Mahathir


KUALA LUMPUR: Veteran UMNO meminta kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap Tun Dr Mahathir kerana perbuatannya yang cuba mendapatkan campur tangan kuasa asing dalam hal pentadbiran negara.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu telah melampaui batas dan jelas menunjukkan beliau dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Veteran UMNO tidak mahu kerajaan berkompromi dalam hal kestabilan negara dan tidak sewajarnya membenarkan mana-mana rakyat negara ini mensabotaj negara sendiri.

“Tidak harus ada pertimbangan dan tolak ansur demi maruah negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam temu bual dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa harapan Najib untuk berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Mustapha berkata, sikap Dr Mahathir membuktikan beliau sedang berhadapan dengan satu keadaan pertentangan jiwa di antara rasional dan emosional.

“Tun Mahathir sanggup menjilat ludahnya sendiri dan membelakangi prinsipnya yang suatu masa dahulu amat membenci campur tangan asing dalam hal pentadbiran negara ini.

“Jelas Tun Mahathir bersikap ‘double standard’. Beliau tidak mahu kuasa asing campur tangan semasa pemerintahannya, tetapi beliau sendiri yang berusaha mendapatkan pengaruh kuasa asing untuk menjatuhkan Najib,” katanya.

HILANGNYA RASA HORMAT RAKYAT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat terhadapnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Dr Mahathir supaya pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini, adalah bercanggah dengan prinsip yang beliau sendiri tegakkan sebelum ini.

“Jangan lakukan sesuatu yang akhirnya nanti orang yang hormati kita sebelum ini kerana prinsip yang baik, akan hilang hormat.

“Dalam hal ini, eloklah jaga acuan politik mengikut tata etika negara kita…hanya gunakan acuan yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kembara Kebajikan 1Malaysia, di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan Dr Mahathir dalam satu wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, bahawa harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Dr Mahathir semasa memimpin Malaysia sebelum ini, pernah mengingatkan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya sentiasa patuh kepada pemimpin yang baik.

“Maka, janganlah ubah pendirian kami dengan mengajak kami melakukan yang sebaliknya.

“Dulu dia (Dr Mahathir) marah kerana menggunakan hubungan antarabangsa sehingga ada orang yang dituduh jadi tali barut asing,” katanya.

Mengulas laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahmad Zahid berkata, polis diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan siasatan mengenai isu tersebut.

Beliau berkata siasatan akan menjurus kepada dua aspek sama ada terdapat unsur jenayah perdagangan atau perlanggaran peraturan dalam urus niaga syarikat.

“Apapun, kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan jika ada pertuduhan yang mempunyai bukti untuk dibawa ke mahkamah,” katanya.

Khamis lepas, siasatan oleh PAC mengenai 1MDB mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan itu ‘kurang memuaskan’ menyebabkan kelemahan tadbir urus korporat.

Bagaimanapun, dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB, PAC berkata, kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat pelaburan strategik itu yang timbul pada November 2014.
Share this article

6 Komen:

  1. Saya lebih muak kepada orang yang bercakap berbelit belit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mamak kerala tu la

      Padam
    2. macam mamaktun tu ke? dulu lain sekarang lain. anon 9:22ptg bolih tengok ucapan2 dia dulu. dalam utube pun ada. mana mau lari. itu munafik ke apa tu....

      Padam
    3. hahahha....hebat betul penangan TUN....

      Padam
  2. betullah spt kata ulama madey akan mati terhina.. dan jadual itu sedang berjalan.. jika dulu puak reformasi nak kencing atas kubur madey skrg mungkin ada yg nak berak pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dasat la lu beb. pegangan apa lu pakai?

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top