Nuffnang

DR. ZAKIR NAIK : Islam Dilarang Merendahkan Agama Lain


BESUT – Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar. Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.
“Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

“Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini. Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat,” kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

Dr Zakir, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu atas jemputan kerajaan negeri.

Ceramah yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang sebelum ini diharamkan oleh polis telah diberikan lampu hijau pada Selasa tetapi tajuknya perlu diubah. 

Sumber: mStar
Share this article

1 Komen:

  1. Ada baiknya pihak PDRM pun elok jemput pendakwah tersohor ini memberi ceramah kepada anggota mereka sendiri. Setidak tidaknya mereka yang hadir nanti tahu membuat penilaian yang bijaksana sebelum mengikut sahaja arahan bodoh pemimpin berkempentingan didalam menjalankan penguatkuasaan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top