Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menerima cabaran daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim untuk berdebat mengenai bola sepak Malaysia.
“Ya, ok,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia-100 Plus 2015.
Ditanya sama ada beliau percaya debat itu merupakan langkah yang baik, Khairy berkata “Saya tak tahu sama ada ia bagus atau tidak, tapi ia sesuatu yang perlu dilakukan, kan?
“Kalau tidak nanti orang kata kita tak nak bersemukalah,whatever".
“Dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang lain boleh menyuarakan pendapat mereka. Selesai,” katanya.
Tunku Ismail semalam mencabar Khairy untuk berdebat mengenai keadaan semasa bola sepak Malaysia.
Selain Khairy, Tunku Ismail juga melahirkan harapan bahawa perbahasan itu akan disertai oleh Jurulatih Negara Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Lim Tong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia B Sathianathan.
salute!!
BalasPadamGo Khairy Go !!
Moga bertemu buku dan ruas
supaya dia tak syok sendiri !!
tempoh hari ada nampak handsard parliment ttg kisah silam
peristiwa peristiwa yg membawa kepada 'krisis perlembagaan' membabitkan pihak istana..
harap KJ dapat sekolah politik dia!!!
Aku pun stuju tu..
BalasPadamAku dengan anak raja sorang ni tak berapa berkenan sikapnya brbanding bapak dan mak dia.
dia ingat..dia anak raja....
BalasPadamhahahha......confirm supporter panta timur
BalasPadamconfirm dapat dosa kering. tembak tak tepat. aku dari pantai barat.negeri emak anak raja. kih kih kih....go khairi go. kita tengok orang perasan hebat...
PadamGo KJ go... anak raja ni lain sikit. Tak macam ayahanda dia. Mulut diaa... adoiiii.... sebab perasan anak raja..
BalasPadam