Nuffnang

DIKTATOR : Sah PKR Tolak Mahathir!!!


PKR tidak mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan hala tuju pentadbiran negara, termasuk memutuskan pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri. Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu lebih banyak suara rakyat Malaysia dalam memilih ketua kerajaan.
“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, usaha menggantikan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi sia-sia, sekiranya sistem politik sedia ada dikekalkan.

Katanya, sistem politik negara yang disifatkan bejat itu adalah warisan pentadbiran Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Bila sistemnya masih sama, penggantinya takkan mampu mengubah kebejatan yang wujud. Apa bezanya kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal dengan matlamatnya untuk mengubah institusi dan mendidik rakyat Malaysia meneruskan usaha itu. – FMT
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top