Nuffnang

TERKINI : Kerajaan Saudi Sahkan Derma Untuk Najib Razak


ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang daripada negara itu. 

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. 

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam. Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini. 

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. 

- BERNAMA

UNTUK VIDEO KLIK SINI
Share this article

13 Komen:

  1. Jadi pasal apa sampai perlu pecat tan sri muhyiddin, datuk seri shafie apdal, datuk seri mukhriz, pn anina, datuk hamidah, dan sampai gantung keahlian 9 orang ketua cawangan UMNO di bahagian telok kemang?

    Pasal apa payah sangat najib nak jelaskan pasal penderma itu?

    Pasal apa mula-mula terbongkar RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib itu, mengapakah Najib nafikan?

    Pihak Arab Saudi hanya mencemarkan maruah mereka bila bersubahat dengan Najib.

    Apa yang jelas adalah jika siasatan di switzerland, usa, hongkong dan singapura mendapati wang itu adalah berasal dari wang hutang 1MBD, maka menteri luar arab saudi itu telah merosakkan reputasi Arab Saudi yang akan dituduh bersubahat dan terlibat menyembunyikan perlakuan jenayah.

    Memang pelik la, macam mana wang yang dibekukan di singapura boleh dipulangkan pula? Kalau dah betul wang itu sudah dikembalikan, pasal apa tak ada rekod transaksi bank pasal pemulangan wang itu?

    Sudah-sudahlah putar belit pasal derma yang kononnya dari arab itu, kerana sangat meragukan perkara ini dari awal lagi. Rakyat makin meluat dengan tindakan bermuka-muka Najib ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. celakalah kepada sang pemfitnah....

    BalasPadam
  3. Sebabmereka tuduh Pm Najib ambil dan makan duit 1 mdb ...dan lepas tu cakap duit derma tu sepatutnya untuk mereka bukan untuk Najib..kalau duit tu masuk acc muhdin k.ainina k.kharuddin k.mukhriz k atau mahadey k.atau shafiee k. Atau rafizi k.tony pua k.atau guan eng k...kisah ni tak kan jadi kecoh. Apalah susah sangat nak fikir. .najib ni jahat duit derma tu dia guna untuk menangkan Umno.l..lebihnya dipulangkan...Bank Znegara dah lama tahu cuma saja nak jatuhkan Najib so buat bodoh je...macam cerita baru ni baru dan bank negara baru tahu...cukuplah..abu bakar...Benda ni dah selesai ...tak payahlah jadi batu api...l

    BalasPadam
  4. Sebab tu mereka kata najib jahatkan...rupanya mereka marah dahlah duit 2.6 billion tak masuk acc mereka dah tu duit baki pun mereka tak merasa....kesian jahatlah Najib sampai hati buat mereka mcm tu ........kesianlah kat mereka tu....Najib....pengkhianat bangsa...sapa nak kesian ...baru Allah uji dah melatah sanggup jadi tali barut komunis....pergi jahanam...semuanya

    BalasPadam
  5. Dah terlambat...aku lebih caya fitnah dari apa yg keluar dari mulut najib...apa yg dia kowtim dgn pak arab rakyat nak tau juga...Kepercayaan rakyat mesti di perolehi dari mulut najib bukan dengan penjelasan org luar...dah kusut tup2 pak arab timbul...apa kaitan dgn jhow low pulak...mereka2 yg menghilang diri sampai sekarang tak jumpa...apa cerita

    BalasPadam
  6. Kenapa lama sgt nk bg pengesahan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka hati orang tu la nak bagi pengesahan chepat ke lambat ke sebulan ke setahun ke...duit dia..yg ko sebok nak mampus ni ape hal ngok?

      Padam
  7. lama sangat nak buat pengesahan....mohon pertolongan dari producer Hollywood ka bikin filem?

    BalasPadam
  8. Buat apa nak sibuk...klau boleh raja arab tu tak nak beritahu...dan mugkin najib dah janji dgn arwah raja arab tak akan cakp apa2 so....buat benda baik kan elok buat sembunyi2 tapi si kitol bila dapt tahu...meroyan sakan kenapa puak dia tak tak dapat.....aduh...Dap dapat duit dari Israel...ada mereka heboh...tu lak orang Islam ni...sebab itu ada wujunya syurga dan neraka...dan neraka yang terbawah untuk golongan munafik...so...yang tukang batu api ni kamu nak mana..

    BalasPadam
  9. Ingat janji kena tunaikan kalau tak jadi munafik..so.kamu semua kenapa najib tak cakap terus terang..kemungkinan beliau dah berjani dengan arwah raja arab.tu..kita mana tahu..tgok pihak arab pun yang sah kan tu duit derma pun bukan kalangan raja arab tapi menteri je..Najib pun tak cakap apa yang sahkan tu dari Bank Negara Ag.dan. Pdrm...kita mesti faham..kalau arwah raja arab tu masih hidup mungkin beliau tolong jelaskan malangnya belau dah arwah dan Najib berpegang ada janji...so bersangka baiklah ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tu yg Munafik..dah ada penjelasan Menteri Arab tu ko soal gitu lah gini lah..lebih baik ko jilat puki bini ko..dia pon dapat sedap ..kira ko sedekah lah tu..dapat pahala tau....

      Padam
  10. Tengok pada bahasa kau yang celupar dan kotor ...dah tahu kau ni jenis manusia apa...kesian...cukup2 lah..takut kau tu tak sempat nak minta maaf bukan pada Najib tapi pada saya kerana cakap perkataan jijik lagi tak elok....dan dengan ini saya tak akan maafkan awak dunia akhirat ....ok....tunggulah azab Allah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top