Nuffnang

RASIONALISASI : Penjawat Awam Boleh Menerima Atau Menolak - KSN


Penjawat awam diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau yang mengulas rasionalisasi skim perkhidmatan awam itu berkata, penambahbaikan itu akan memberi kesan kepada kenaikan gaji dan gred termasuk gaji permulaan minimum RM1,200 dalam sektor awam.

"Namun saya tidak nampak sebarang sebab untuk mereka menolaknya,"


Menurutnya, penambahbaikan itu akan memperlihatkan kenaikan tahunan kepada kesemua 1.6 juta penjawat awam, manakala penambahbaikan skim yang bermula dari gred 11 hingga 40, akan membabitkan 1.3 juta kakitangan kerajaan, katanya.

"Ini berita terbaik untuk penjawat awam dan berharap mereka meningkatkan produktiviti dan daya usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Contoh :
Kakitangan Gred 11 akan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1,200 berbanding RM837 sebelum ini.

Digabungkan dengan elaun sedia ada, kakitangan gred ini akan menikmati gaji bulanan kira-kira RM1,500.

Gaji minimum kebangsaan adalah RM900 hingga RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala RM800 hingga RM920 untuk Sabah dan Sarawak.

Gred 17 dan Gred 27 akan dihentikan dan kakitangan bagi kedua-dua gred itu masing-masing akan dinaikkan ke Gred 19 dan 29.

Gred 17 diberikan kepada pekerja yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Gred 27 kepada mereka yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma.

Mereka yang berada di Gred 17 dengan gaji semasa RM935 akan menikmati kadar gaji minimum RM1,350 sebulan selepas dinaikkan ke Gred 19.

Bagi penjawat awam dengan Gred 27 yang menerima gaji permulaan sebanyak RM1,362 akan memperolehi sekurang-kurangnya RM1,493 selepas naik ke Gred 29.
Beliau berkata, walaupun hasil negara tahun ini berkurangan disebabkan faktor seperti penurunan harga minyak dunia, kerajaan tetap menunaikan janji memberi kenaikan gaji seperti diumumkan dalam Bajet 2016.


Sebarang pertanyaan mengenai maklumat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 boleh terus hubungi bilik gerakan melalui talian 03-8885 5600 atau emelkan kepada pp12016@jpa.gov.my

Kami berharap tuan/puan dapat bersabar sekiranya panggilan telefon tidak dapat disambungkan kerana terlalu banyak panggilan masuk. Tuan/Puan boleh terus emel untuk mengajukan soalan yang ingin dikemukakan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top