Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KAH..KAH..KAH... Bukan Lawak Tapi Berseloroh - Rafizi Ramli


Kenyataan yang dibuat kali ini oleh Rafizi tidak banyak bezanya dengan kenyataannya sebelum ini. Telah dijangka. Jika dahulu Rafizi Ramli menjadikan alasan beliau hanya bergurau bagi mengelak saman fitnah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu cincin, kini Naib Presiden PKR itu mendakwa beliau berseloroh mengenai Rosmah dan Jakel Trading.

Kerana itu kata Ahli Parlimen Pandan tersebut, beliau tidak akan memohon maaf kerana perdana menteri dan isteri sebaliknya bersedia berjumpa mereka di mahkamah.

Di perhimpunan anti GST Sabtu lalu, Rafizi mengaitkan Rosmah dan Jakel Trading.

“Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.

Kenyataan itu setelah Perdana Menteri menegaskan akan mengemukakan surat tuntutan kepada Rafizi supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang Najib menyalahgunakan wang GST berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun beberapa hari lalu selepas mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.

Bagaimanapun, Rafizi mengakui perdana menteri ada hak menyamannya tetapi tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu.

Beliau menegaskan, sekiranya perdana menteri menjadi begitu sensitif, Najib patut mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama.

Apapun itu tentu hanya helah Rafizi kerana beliau berharap perdana isteri dan isteri membatalkan hasrat mengambil tindakan terhadapnya berhubung perkara tersebut.

Lagipun, beliau baru sahaja berdepan dua pertuduhan di mahkamah kerana memfitnah dan di bawah Akta Rahsia Rasmi (1972).

Walaupun hebat dengan membangkitkan pelbagai isu yang akhirnya ‘kantoi’, Rafizi tentu tidak mahu kredibiliti beliau terus dipertikaikan.

Justeru, usaha terbaiknya kali ini adalah menyifatkan kenyataan pada minggu lalu hanyalah seloroh.

Itulah Rafizi. Seperti beberapa pemimpin pembangkang lain yang akan minta maaf apabila berdepan saman, beliau pula tidak habis-habis dengan alas an bergurau dan seloroh.
Share this article

3 Komen:

  1. SIPONDAN NI..TIDUR MALAM RESAH GELISAH. HIDUP TAK TENANG. ITU DAH TAK LAMA LA TU...KEJAP LAGI SEWEL LA TU. DALAM KEPALA BANYAK CACING BABI. PANAS..BILA TAK BUAT FITNAH...

    BalasPadam
  2. Sekarang baru dia tahu mulut puakanya tu yang dah menyusah dan memalukan ramai orang...sekarang turn dia pulak Allah malukan..kita tunggu...

    BalasPadam
  3. makna nya selama ini dia hanya berseloroh aje la.. mcm mana rakyat bangang blh undi org mcm ni?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top