Nuffnang

TUN SEMAKIN LUPA!!! Tindakan Ini Memang Tidak Dapat Diterima!!!


From Hero To Zero? Daripada seorang Negarawan, bekas pemimpin yang dihormati dan disanjung, kini mencari cercaan dan penghinaan pada hujung-hujung usianya hanya kerana kehendaknya tidak dipenuhi?

Ketika dia menjadi Perdana Menteri dahulu, dia mengajar rakyat Malaysia agar tidak sama sekali mengkhianati negara sendiri dengan menjemput kuasa atau rakyat luar untuk mengajar Malaysia. Malah cerita yang sangat masyhur ialah bagaimana dia 'menghina' perwakilan daripada British ketika kemuncak kempen 'Buy British Last' dengan menyediakan kerusi yang sangat kecil untuk mereka yang menemuinya, untuk menunjukkan dia seorang yang sangat patriotik.


Malah media-media asing yang beroperasi di negara ini, bahkan yang beroperasi di Hong Kong dan Singapura yang banyak membuat laporan negatif tentang Malaysia termasuklah membabitkan projek-projek mega, tidak sahaja diharamkan, malah turut dikekang penerbitannya di Malaysia. 

Campurtangan peguam-peguam asing yang datang ke Malaysia untuk kempen penghapusan hukuman gantung sampai mati juga, ditentang oleh Mahathir dan kempen-kempen yang dibuat selepas itu ialah, pihak asing dengki dengan kejayaan Malaysia. 

Namun keadaan sudah berubah. 

Kini Mahathir sudah bertukar sikap. 

Sebuah akhbar Australia hari ini menyiarkan sebuah artikel yang mendedahkan Mahathir telah meminta kerajaan-kerajaan asing agar campurtangan dalam politik dan halehwal Malaysia. 

Mahathir ternyata terlalu terdesak sehingga menjemput kuasa-kuasa asing untuk campurtangan dan mencemarkan kedaulatan Malaysia. 

Adakah hanya kerana kemahuannya tidak dituruti dan majoriti rakyat Malaysia pula sudah bosan dengan sikapnya, maka Mahathir berasakan hanya kuasa asing sahaja yang dapat memenuhi kehendaknya?

Apa sudah jadi dengan semangat kemelayuannya selama ini?

Share this article

5 Komen:

  1. Tun Dr. Mahathir bukan minta campur tangan asing dalam pentadbiran negara, tetapi meminta pihak yang berwajib samada di dalam atau di luar negara mencari kebenaran berkaitan kehilangan wang berbilion-bilion ringgit wang hutang 1MDB itu.

    Misalnya pelabuaran dan pinjaman murabahah antara 1MDB dan Petrosaudi, terdapat tiga nama syarikat nama Petrosaudi tetapi di tiga lokasi yang berbeza, yang pertama adalah Petrosaudi (Arab Saudi), kedua adalah Petrosaudi (Cayman Island), ketiga adalah Petrosaudi (Panama), dengan Petrosaudi yang mana 1MDB buat perjanjian usahasama dan ditukar jadi pinjaman murabahah melibatkan wang USD 1.83 bilion itu?

    Kemudian, apa dah jadi dengan 'unit' yang kononnya bernilai USD 1.103 bilion di BSI Singapore Limited itu? Ada lagi ke 'unit' tu?

    Ini bukan soal pentadbiran negara, tetapi soal kedaulatan undang-undang di mana jenayah yang berlaku itu turut melibatkan negara-negara lain di mana bank dan lokasi jenayah itu dilakukan.

    Bila tak faham itu terus merapu yang bukan-bukan, inilah tahap mentaliti kelas rendah para Cybertrooper Najib ini.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. lihat link ini: http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/foreign-affairs/mahathir-mohamad-calls-for-foreign-interference-in-malaysia/news-story/82906cfc746d3a3b4bcef48b6876a2d0

    Apa yang jelas dalam isu yang dinyatakan bukanlah melibatkan isu pentadbiran negara, tetapi isu melibatkan 1MDB di mana bank-bank di Australia seperti ANZ yang terlibat dengan isu USD 681 juta a.k.a. RM 2.6 bilion dalam akaun Najib itu tidak disiasat oleh pihak Australia.

    Begitu juga dengan bank-bank lain di Australia yang terlibat dalam menerima deposit dan pengaliran wang dari 1MDB yang disyaki terlibat dengan kegitan yang menyalahi undang-undang tidak begitu serius diambil tindakan oleh pihak berkuasa Australia.

    Sila baca dan fahami betul-betul, bukannya dengar cerita dongeng dari Salleh Keruak yang suka merapu itu.


    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut hari tu..ko dan mamaktun mintak jadi ajk pac. baru puas hati. baru tulus mulus.
      kalau tidak jiwa kacau. tidur tak lena. asyik teringat..adakah tan seng giaw dan rakan pembangkang dalam pac pun makan dedak. asyik terngiang2 kat kepala.
      lama2 sewel ko nanti.

      Padam
    2. MAMAKTUN LUPA KUT.... SEMUA KATA2 DIA DULU....DIA JILAT BALIK LICIN.
      DULU DIA CITER KITUL LA MENDALIAR LA. SEKARANG SEMUA TU...DIA SENDIRI JADI SEPERTI TU. KO SIBAKO ANAK BEROK TOLOL APA NAK CAKAP LAGI. AKU TAK KAN BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT. JIKA MAMAKTUN NAK KUAR UMNO...AKU TAK KISAH. TAPI DAH JADI PENGKHIANAT PI MAMPOS LA.

      Padam
  3. madey melayu ke mamak? madey akhirnya mati secara hina krn byk sgt mkn duit haram dulu aku ingat madey takkan terima pembalasan di dunia ttp umurnya dipanjangkan utk menerima kutukan mrk yg tak dpt mengutuk dia masa dulu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top