Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

LAPORAN PANAMA : Disenarai Tidak Semestinya Bersalah - Khairy


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendedahan yang dibuat oleh 'Panama Papers' berkenaan dengan rekod kewangan golongan elit dalam negara tidak boleh disimpulkan sebagai wujudnya unsur penyelewengan atau jenayah.
Menurutnya, maklumat yang tidak pasti kesahihannya itu perlu diteliti terlebih dahulu.

"Laporan itu tidak mensabitkan sesiapa terhadap penglibatan jenayah.

"Ada yang sebelum masuk politik jadi ahli perniagaan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa yang menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.

Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu dilaporkan mendedahkan urus niaga sulit melibatkan lebih 140 tokoh politik termasuk 12 pemimpin dunia, selebriti, bintang sukan dan ahli perniagaan

Panama Papers yang beroperasi di Washington itu dilaporkan sebagai berkata, data tersebut diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.

Menurut ICIJ, sekurang-kurangnya 33 individu dan syarikat yang disenaraikan dalam dokumen-dokumen itu sudah disenaraihitamkan oleh pemerintah Amerika Syarikat akibat salah laku, antaranya Korea Utara, Iran, serta kumpulan Lubnan, Hezbollah.

Antara pendedahannya, salah seorang anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI) iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Antara individu lain yang dinamakan dalam pembocoran itu termasuk Presiden Ukraine, Raja Arab Saudi dan Perdana Menteri Pakistan.

Maklumat yang dibocorkan itu, bermula dari 1975 hingga akhir tahun lalu, terkandung apa yang disifatkan oleh ICIJ sebagai ‘gambaran dunia urus niaga sulit pesisir luar yang tidak pernah dilihat sebelum ini’.

Ia melibatkan e-mel, rekod kewangan dan butiran pasport yang disiasat oleh lebih 100 kumpulan media yang mendedahkan beberapa individu berkuasa di dunia terbabit dalam aktiviti sulit syarikat pesisir luar.

Share this article

3 Komen:

  1. Bestlah Menteri Sukan kita ni... All rounder, semua tau... Tak sempat saudarai Azalena komen dia dah potong trip awal2 lagi.

    Tapi sayang, tiris 100juta dlm Kementerian sendiri 'tak sedar'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain itu, ada kes terbaru berhubung penyaluran dana Kementerian dia berjumlah RM19 juta kepada India NGO India yang di kuasai MIC.

      Mengata dulang paku bersih.
      Mengata orang dia yg lebih.

      Nyamuk sekor dia heboh.
      Bangkai sebesar gajah depan mata, buat tak tahu pulak.

      Padam
  2. Dia adalah pemegang rekod dalam sejarah negara, "Jutatawan Segera/Overnight Millionaire" dengan hanya jadi broker hanya bermodalkan air liur & lesen Menantu Perdana Menteri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top