Nuffnang

JAWATAN SENSITIF : 50 Pegawai Ditukarkan Bulan Ini - KSN


Seramai 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian akan ditukarkan sama ada secara dalaman atau ke kementerian lain bermula bulan ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pegawai berkenaan sudah pun dikenal pasti dan berkhidmat lebih lima tahun di bahagian kementerian termasuk kewangan, perolehan dan kontrak.

"Pegawai yang terbabit bukan disyaki melakukan kesalahan sebaliknya pertukaran dibuat berdasarkan pekeliling sedia ada bagi mengelakkan berlakunya ketirisan.

"Kita tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini berulang," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bintang Indeks Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam 2015-2016 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ali berkata, pihaknya akan menerima laporan siasatan audit berhubung kes salah guna kuasa pegawai kanan KBS daripada Jabatan Audit Negara pada akhir bulan ini.
Share this article

3 Komen:

  1. tukar tak beri makna apa2...tempat baru pun kalau perangai sama habis semua di samun..cuba lihat kaunter imigresen singapore di tambak johor...setiap 10 minit ditukar pegaiwai imigresn tempat kita beratur nak cop pasport...ini pegawai patut ditukar dlm tempoh setahun dgn rekod perolehan yg di buat fail mesti disemak oleh sprm...

    BalasPadam
  2. Tukar, rombak, pinda, buang, gantung dan tahan.... itu untuk pekerja dan pegawai di jabatan2 aje yer, padahal yang menyonglap 100 juta adalah peringkat kementerian, yang berbilion pulak diperingkat paling tinggi... ada ko bersungut atau bersuara KSN?... tak kan? memang dasar barua...

    BalasPadam
  3. Itulah manusia tak pernah bersangka baik...buat perlahan2 mula tukar ke agensi lain...dua tahun sekali k.kemudian barulah tukar setahun sekali...mana boleh buat sekali gus nanti pekerja awam mogok pulak...dan lagi satu nak puji sangat singapore tu buat apa? Hebat sangat ke cina kafir memerintah...negara kecil bolehlah...tengok negara cina...besar bukan main senang cerita kau buat salah rasuah senang je hukum tembak habis cerita...so Pm nak buat macam tu ke...klau boleh guan eng tu kena hukum tembak dulu nasib dia duduk kat Malaysia kalau kat nagara china siap lah kau....cuma satu je agak2 si bahri bini 2 tu tukar ke tak.? Nanti meroyan pulak cakap aku ada tuhan...mcm dia je sorang ada tuhan..itu perlu tukar je...sebab kenyataan pun macam orang dah sewel

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top