Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PEDAS!!! Kenyataan Nazri Aziz Buat Tun M!!!


“Mahathir sudah sampai ke tahap ahli politik low class”, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila mendakwa bekas Perdana Menteri menghalalkan cara asalkan niat menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak tercapai.

“Ya, dia menghalalkan cara. Prinsip dia, buat apa sahaja perkara boleh dilakukan asalkan niatnya tercapai.
“Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang ‘low class’. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, Dr Mahathir semakin terdesak kerana rancangannya untuk menjatuhkan Najib masih belum berjaya dan terpaksa menghalankan apa saja cara asalkan niatnya itu tercapai.

Kata Nazri, dendam kesumat Dr Mahathir terhadap Najib telah melampaui daripada yang biasa.

“Dia seorang yang sudah terdesak. Sebelum ini, setahun dia cuba jatuhkan Najib tetapi dia gagal. Ahli Umno tetap berdiri teguh di belakangnya. Jadi sebab itu, dia keluar parti dan anak dia pula kena buang. Bertambahlah dendamnya.

“Jadi dia akan ambil apa sahaja kesempatan untuk menggabungkan usaha menjatuhkan Najib. Contohnya dia tengok perhimpunan Mansuh GST boleh jatuhkan Najib, dia akan turut serta. Sampai ke situ dendam dia,” katanya.

Katanya, usaha keras Mahathir untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana prinsipnya sudah tersasar.

“Rakyat tahu yang mana boleh ikut dan tidak. Nampak sangat dia duduk dengan pembangkang, dia berkompromi dengan prinsip dia. Amat memalukan.

“Sekarang, dalam politik dia sudah sampai ke tahap yang rendah. Langsung tidak ada prinsip,” katanya, lapor akhbar itu lagi. - SUMBER
Share this article

13 Komen:

  1. Sebenarnya Nazri dan barisan Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar-Menteri Besar Barisan Nasional, Ketua Menteri-Ketua Menteri Barisan Nasional, Exco Barisan Nasional, dan ketua-ketua bahagian UMNO yang bengong, sampai dah terpampang depan mata Najib menyalahgunakan kedudukan dan kuasa pun koran masih sokong juga, ini membuktikan korang memang bangang, jenis haram jadah yang diperkudakan oleh Najib sahajakah, bila Najib lempar dua tiga kupang ke muka korang berkerumun masing-masing macam lalat hurung taik, bengong, jenis maruah dijual beli dan tak tahu malu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. I am with you, brother. Up and On....!!

      Padam
  2. Dah dibakar jadi abu pun cakap besar. Cabar hang bawa mai sebanyak mungkin salinan bukti2 kukuh Najib terlibat dengan jenayah. Hang tanda tangan dulu kemudian hang tabur seluruh bandaraya.

    Dengan cara ini rakyat akan tahu Najib itu bersalah. Jika hang tak boleh buat, baik yang pi main juah2.

    BalasPadam
  3. Heh heh heh... Siapa tak kenal menteri Be-Low Class nih...

    BalasPadam
  4. najib tak melakukan jenayah tapi banyak menyusahkan rakyat, dari mana sumber pendapatan kerajaan sekarang?. apa projek yang dia buat sebagai sumber ekonomi negara?.semuanya diambil dari rakyat dengan berbagai cukai dan kenaikan takrif.projek imdb ?. memalukan,nak popular dengan duit.berapa banyak peruntukkan disekat atau di kurangkan?.kami tidak sokong tindakan Dr M tapi tak perlukan seorang yang syok sendiri.Tuan Hj Hadi ada menyebut dlm dewan rakyat, pemimpin yang baik yang menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat

    BalasPadam
  5. Nk thu jg , senang yg d maksudkn tu mcm mn ? Senang atau ssh hdp kt ni d tentukn olh dri kt sendri bkn kerajaan , tu sbb ALLLAH bg kt akal , yg dok komplen gst tu dlm sebuln berapa bnyk kt byr gst ? Aku ok je ,

    BalasPadam
  6. Susahkan rakyat ke najib...utc.kedai 1 malaysia,klinik 1 malaysia.prima dan pelbagai lagi itu semua menjana pendaptan rakyat terutama golongan berpebdapatan rendah...cuba kau perhatikan negara mana yang tak kenakan cukai....cukai2 pun orang beli tudung fareeda mcm nak beli tiket bola...cukai2 pun orang tengok bola mcm nak pergi gaduh...so alasan kamu tu mengarut...nak free...duduk brunei..dulu waktu duduk brunei cukai kereta tak ada ,phone pun free....sekarang...tak tahulah sejak menjak minyak jatuh ni...

    BalasPadam
  7. hahahaha...si nazri ni x habis habis nak jadi samseng kampung dusun....lepas satu satu menteri UMNO (United Macai Najib Organization)menghentam orang lama yang dah berumur lebih 90...dasar tak tahu malu......hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesanan saya kpd Muka Mangkuk Hayun Samseng sekor nie:

      Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang.

      UMNO Dulu - (United Malay National Organisation).
      UMNO Dulu - (Under Mahathir No Opposition - 2/3 majority).
      BN Dulu - (Barisan Nasional - 2/3 majority).

      UMNO Kini - (Untuk Mohd Najib Only).
      BN Kini - (Barang Naik - menang cukup makan saja. Undi popular 48% saja).

      Tak yawkwee (tak ingin) nak jadi ahli UMNO Najib.


      Padam
  8. Kalau x semakin terdesak... agak2 perlu ke keluar kenyataan tu?

    BalasPadam
  9. Kadang2 aku respek Nazri ni. Kata2 dia berkaitan Tun boleh diterima akal. Aku sendiri sebagai rakyat dah x respek Tun dan kumpulannya. Mereka dah macam parasit bagi orang Melayu. Dia jadi mewah dan kaya raya kerana UMNO dan sokongan Melayu. La ni bukan dia nak balas jasa tapi tikam balik kerana membela kroni. Shittttt kata Sahnon Ahmad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu memang buta sejarah kerana masih budak hingusan & tak berpendikan secukupnya. Tun Mahathirlah yang memartabatkan maruah Melayu Islam dgn pembinaan PWTC yg Gah ditengah2 ibu kota. Tahu tak Ibu Pejabat UMNO sebelum ini berada di kawasan Chow Kit/Lorong Haji Taib tempat sarang maksiat & pelacuran kelas paling bangsat. Sementara Putrajaya & Istana kediaman Rasmi PM yg menakjubkan.. bertaraf World Class, adalah cetusan, ilham & citarasa Tun Mahathir yg berlatarkan seni bina Islam zaman gemilang Islam Andalusia. Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan pula benar2 memberi panorama/pemandangan Negara Melayu Islam dgn berlatar kampung2 Melayu, sawah padi, kebun getah, ladang kelapa sawit, kebun sayur, masjid2, surau2 di setiap tempat rehat. Ianya juga mempunyai ciri2 gabungan hubungan harmonis antara manusia dan alam semula jadi. Ini yang membuat pelancung luar negara, termasuk Lee Kuan Yew sendiri terpinga-pinga melihat kehebatan Tun Mahathir ketika beliau buat pertama kalinya melawat Malaysia melalui gerbang selatan untuk kunjungan hormat dgn Tun Mahathir pada akhir tahun 1990an.

      Adakah ini untuk kepentingan peribadi Tun? Nope...definitely not! Ini adalah untuk imej, maruah dan kebangaan negara, khususnya Melayu yang beragama Islam yang sedang dan akan dinikmati sepanjang zaman. Got it, you dude...???

      Nah....apa jasa Pak Lah, Najib & Sahnom Ahmad yang boleh dibangga & dikenang sepanjang zaman......??????

      Padam
  10. Kesian Mohd Najib, dah terdesak sangat nampaknya, sampai habis pemngapunya dari menteri hingga ke askar upahan sibernya diarah menyerang orang tua nyanyuk tu.

    Kenapa tak buat dokumentari pasal Tun? Kan senang rakyat nak tengok di tv1,2,3,4,5,6...

    Kawan kita di atas ni kata dah x respek Tun sekarang. Ramai jugak yg dah tak jadikan Tun idola mereka lagi. Kesian... Tun mencemarkan maruahnya utk membela maruah negara tapi orang2 semacam kawan kita ni tak sedar. Tun boleh goyang kaki dan lihat dari jauh, tapi dia tak sampai hati.

    Isu sebenar ialah Mohd Najib, bukan Tun. Mohd Najib yg menjadi tajuk popular seantero dunia sekarang ni, bukan Tun. Mohd Najib yg berselirat dgn skandal penyelewengan, bukan Tun.

    Kenapa semua menteri menyerang Tun, mengutuk caranya, mengorek segala salahlakunya. Mengapa tak beri penerangan dan penjelasan utk patahkan segala tuduhan dan tohmahan Tun itu. Jika semua tuduhan orang tua nyanyuk itu semua fitnah belaka, aku percaya tiada siapa di negara ini akan hormati dia lagi, akan percaya cakapnya lagi. Dia akan jadi rakyat yg melata.

    Kenapa agaknya Mohd Najib dan para menteri tidak mahu menceritakan kebenaran? Ceritalah dgn jujur dan ikhlas, tulus dan telus. Biar rakyat tahu apa sebenarnya yang dikatakan fitnah itu. Teramat susah sangatkah menceritakan kebenaran? Ataupun takut banyak lagi rahsia serakah Mohd Najib yg akan terbongkar.

    Memang Mohd Najib dan para menterinya tidak berupaya menangkis segala tuduhan yg dilemparkan. Yang mereka hanya mampu ialah memesongkan isu kepada kejahatan Tun pula, kepada perkara yg remeh-temeh. Walhal naik turun, baik buruk Tun tidak memberi sebarang kepentingan kepada negara.

    Disebaliknya Mohd Najib adalah Perdana Menteri kita diwaktu ini. Jika dia benar dianiaya, difitnah dan ditohmah dgn segala tuduhan yg tak berasas, memang wajib kita membelanya. Tapi bukan dgn menyerang membabi buta seperti si nazri ini. Patahkan setiap tuduhan itu dgn keterangan dan bukti, yg masuk akal. Dengan cara si nazri ini, orang tak bersalah pun akan kalah jika dia menjadi peguamnya.

    Tapi apa aku nak heran dgn perangai sewel menteri sekor ni. Memang kurang ajar sejak dulu lagi. Tak ada sifat keMelayuan dan keIslaman langsung pada dirinya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top