Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERKINI : SAH!!! Nurul Izzah Sah Akan Dirujuk Kepada JK Hak Dan Kebebasan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membentangkan usul untuk merujuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tindakan itu berhubung pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.
Antara kandungan usul itu adalah pertemuan Nurul Izzah itu menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara.

"Lembah Pantai sedia maklum Jacel menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik kesultanan Sulu.

"Pertemuan bersama dengan anak dalang kepada pencerobohan negara dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia yang berikrar untuk menumpahkan taat setia sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi, dan mempertahankan perlembagaannya," katanya.

Menurut Azalina lagi, tindakan Nurul Izzah itu adalah penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

"Maka, inilah dipersetujui Lembah Pantai hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Usul itu disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Shirlin.

"Sebagai rakyat Sabah, saya menyokong usul ini," katanya.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima usul itu dan memerintahkan supaya ia dibahaskan.

Keputusan undi

Perkiraan undi belah bahagi yang dibuat pada kira-kira jam 1.12 minit tengah hari telah diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat yang mana memihak kepada menyokong usul tersebut (105) berbanding yang tidak menyokong (77)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top