Nuffnang

1MDB : Tun Mahathir - Bacalah! Jangan "Buta" Fakta!!!


Kenyataan Media oleh 1MDB

Dikeluarkan pada 29 November 2016
Untuk Terbitan Segera

Penjualan Edra : Penjelasan Mengenai Dakwaan Tun Dr Mahathir

Merujuk kepada entry blog berkenaan penjualan Edra yang ditulis oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak kami berasa kecewa dengan tindakan beliau yang sering mengecam dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB melalui saluran portal media atas talian tertentu. 

Berkenaan dengan penjualan Edra kepada CGN Group, merujuk kepada kenyataan kewangan Edra bertarikh 31.03.2015, 1MDB akan menerima ekuiti tunai bernilai RM 9.83 bilion dan pihak CGN Group juga akan mengambil alih hutang aset operasi Edra yang bernilai RM 7.43 bilion. Oleh yang demikian, 1MDB berjaya mengurangkan hutangnya sebanyak RM 17.26 bilion, bertepatan dengan jangkaan nilai susut hutang diantara RM 16 bilion hingga RM 18 bilion yang diunjurkan untuk dalam plan rasionalisasi kami. Hal ini telah pun dijelaskan oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda kepada media pada minggu lepas.

Adalah penting untuk menjelaskan bahawa penyusutan hutang sebanyak RM 17.26 bilion tersebut tidak termasuk dividen tunai sebanyak RM 2 bilion yang diterima 1MDB dari aset tenaga sepanjang permilikannya. Ini menunjukkan 1MDB tetap membuat pelaburan yang betul melalui proses tender antarabangsa sehingga terpaksa menjual aset tersebut akibat diserang dengan tuduhan dan kecaman yang didalangi oleh pihak pembangkang dan Tun Mahathir sendiri.

Jika Tun Mahathir merujuk kepada Nota 29 (v) daripada kenyataan audit kewangan 1MDB bertarikh 31.03.2014 yang telah dikeluarkan kepada umum, beliau akan menyedari bahawa hutang 1MDB bernilai RM 42 bilion; RM 19.82 bilion daripadanya adalah dalam denominasi Ringgit Malaysia (RM) manakala RM 22 bilion pula dalam denominasi Dollar Amerika (USD). Oleh yang demikian, sejumlah hutang yang didenominasi dalam RM boleh dilangsaikan melalui proses penjualan tunai Edra sebanyak RM 9.83 bilion.

Untuk hutang dalam matawang USD yang begitu dipandang serius oleh Tun Mahathir, dalam perjanjian bersama IPIC pada 28 Mei 2015 adalah dimaklumkan bahawa 1MDB telah memperolehi bon IPIC bernilai USD 3.5 bilion melalui penukaran aset bersama IPIC. Ini bermakna aset 1MDB yang terdiri daripada deposit tunai dan unit dana dalam denominasi 
USD ditukarkan dengan bon bernilai USD 3.5 bilion dari IPIC.

Tun Mahathir kerap kali mengelirukan orang awam dengan kenyataan palsu beliau. Yang paling kerap diperkatakan ialah kenyataan beliau mengenai kehilangan RM 42 bilion dari 1MDB. Dengan penjualan aset operasi Edra beserta dengan penyusutan hutang sehingga RM 17.26 bilion jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir, sekali lagi telah gagal dalam pertuduhan beliau. Keduanya, tuduhan mengenai RM 2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak adalah daripada 1MDB walaupun telah dijelaskan oleh SPRM dalam 3 kenyataan umum mereka bahawa tidak ada satu pun dana dari 1MDB disalurkan ke dalam akaun Dato' Sri Najib.

Pihak 1MDB memohon agar Tun Mahathir untuk menggunakan fakta dan bukti dalam setiap tuduhan beliau dan menghentikan sebarang serangan berbaur politik terhadap 1MDB. Kami juga memohon agar setiap portal media atas talian agar lebih berhati-hati dalam menganalisa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir agar tiada lagi kenyataan mengelirukan daripada beliau tersebar kepada rakyat.
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top