Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

NAJIB LETAK JAWATAN : Pemilik Akaun FB Disiasat!!!


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat orang di belakang ‘LetakJawatan’, satu laman Facebook popular yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan.

Admin LetakJawatan Joe Haidy Sulaiman, 45, sedang disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana adalah kesalahan menerbitkan apa-apa yang lucah, palsu, mengugut atau menyinggung untuk tujuan menyakiti, salah guna, mengugut atau mengganggu sesiapa.

Joe Haidy dipanggil ke ibu pejabat SKMM untuk disoal siasat pada Selasa, dan kemudiannya polis mengikutnya ke rumah dan merampas komputer riba serta modemnya.

Antara kenyataan memfitnah yang dipersoalkan adalah dari posting blog dimuat naik di LetakJawatan, mengatakan Najib pernah ditangkap khalwat dengan penyanyi/pelakon popular, Ziana Zain.

Joe Haidy mengesahkan yang beliau menulis tentang perkara itu.

Sekiranya didapati bersalah, Joe Haidy boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan setahun, ataupun kedua-duanya.

Beliau juga boleh didenda lebihan RM1,000 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabit kesalahan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top